Tukar susu fernleaf
Tumpang tanya.
Untuk baby baru 1thn 3 bulan kena bli yg full cream ke 1-3? Sbb ad bc link ni.
https://siraplimau.com/susu-punca-anak-hiper
Susu Punca Anak Hiperaktif & Kurang Selera Makan? Doktor Ini Ada Nasihat Untuk Anda
Lambakan produk susu dengan pelbagai jenama di pasaran sedikit sebanyak membuatkan ramai ibu bapa di luar sana mula runsing untuk membuat pilihan. Tak kurang juga, ada pula yang langsung tak ambil peduli tentang kandungan di dalamnya. Baru-baru ini kami berpeluang menemu ramah seorang doktor perubatan iaitu Dato' Dr. Suriyakhatun Osman berkenaan topik pemilihan susu untuk seisi keluarga. Ini antara tips dan fakta yang beliau kongsikan untuk anda! 1. Jenis-jenis susu Susu mengandungi nutrisi yang baik dan anda disarankan untuk minum setiap hari. Sememangnya susu segar adalah pilihan yang terbaik, namun ia mungkin kurang sesuai bagi sesetengah orang yang perlu berjimat dan tak punya masa untuk mendapatkannya dengan kerap kerana susu segar biasanya lebih cepat rosak. Menurut Dr. Suriyakhatun, tak salah jika anda cuba mendapatkan nutrisi melalui susu yang telah diproses seperti susu UHT. Walau bagaimanapun, susu jenis ini sudah dipanaskan pada suhu yang tinggi dan khasiatnya telah