20 Balas
untuk yg bersalin czer nanti. first sekali saya nak bgtau, bawa satu bantal. ukuran bantal tu xde la kecik sangat. koman2 half bantal tidur kita. tujuan dia? hhaaa. meh nak cite. biasanya lepas je czer, kita akan ada batuk2 sikit. even kita takde batuk2 pun sebelum tu. so, bila kita agak2 rasa nak batuk tu.. duduk atas kerusi, cepat2 ambil bantal tadi dan tekupkan kat perut czer tadi dan badan kita rapatkan. posisi lebih kurang orang rukuk ketika solat atas kerusi. tapi make sure tekan kemas bantal tu ke perut. barulah batuk atau bersin. rasa selesa dan puas hati batuk atau bersin tu. kalau tak buat mcm tu, nanti tempat jahit kita tu rasa tegang semacam. selepas bersalin saya tak beli dah set2 bersalin tu. sebab sebelum tu pernah beli tapi set tu tak guna semua pun. dah la mahal. so lepas tu saya beli apa yg nak guna sahaja. contoh: minyak telon mestika (bau dia sedap). sapu kat kepala ibu bersalin pun rasa best, mandian herba ibu ketika pantang. tungku, tangas semua tu saya cuma panggil orang datang berurut. (kalau saya bersalin normal saya akan ambil pakej tangas. tp czer xambiklah) disebabkan czer, dia cuma urut dan tungku kat lain2 tempat selain tempat czer. dia xusik kat situ. rendaman faraj? mmg tak lah. sbb czer. so nanti bebas nak duduk camane, angkat kaki etc. hihi.cuma perut tu la. tak boleh jalan laju2 tau. sebab nanti rasa senak kat perut. saya tak ambil mana2 jamu. saya cuma makan suppliment vitamin. blackmores multivitamin, pil minyak ikan, dan makan pati sarang burung tu. kalau nak sedap lagi, beli sarang burung tu dan buat sendiri. ofkos suruh la mak masakkan. takde la p dapur buat sendiri. mmg harga dia agak mahal tp beli sikit udah ler. lebih pio rasa dia berbanding yg dah siap di pasaran. kita boleh ejas, nak kurang manis, atau tambah kurma merah dalam tu sekali. kesan dia lagi wow tau dari kita beli yg pek dah siap2 tu. boleh la bincang pendapat dengan mentua tentang ketika pantang nanti. tanak la nanti mentua kecik hati. sebab kita xnak dengar cakap dia yg dia rasa perlu tapi pada kita xperlu. sebab nak kena hadap nanti bersama2. kalau mentua hepi kita ikut cara dia tapi kita plak xsuka.. nti stress pula ketika pantang. atau kita hepi, mentua kecik hati. cucu sulung tu. ofkos dia semangat lebih nak timang cucu. bincang elok2 ye. 😊
saya ambil sikit experience masa pantang anak first. beli set antang afiyat sebab murah. maleh beli mahal2. jamu tu start makan 20 hari keatas kalau kuning anak dh turun lama. jamu tu ada dalam set tu. nak beli dua tungku.. satu letak tungku area vagina je, sebab rasa LEGA dan KERING je. satu lagi tungku bahagian atas.. tepi2 rahim ke..perut ke. Beli/buat scrub badan. saya mandi jugak masa pantang 😂 tapi jarang sangat basuh kepala sebab takut sakit kepala. saya banyak cuci badan sebab rasa xbersih. kalau ikut org dedulu jgn mandi selama pantang. allahu..mana tahan 🥲 pakai bengkung. kena amal ye 🥲 kalau ada duit lebih.. beli portable sauna, sedap nehh kalau buat hari2. minuman herba pon minum la. saya jenis boleh minum 😆dan serunding halia, bawang putih dan serbuk lada hitam. serunding halia dgn bawang putih buat sendiri sebab bukan susah. serbuk lada hitam beli kat tesco je 😂🤣 ni makan masa pantang lepas anak dabes kuning.. jangan lupa minum air kurma merah,longan dan goji berry. untuk susu.. kurma merah beli je la kat tesco. Rm24.10 sekilo 🤣 longan ngan goji optional. tapi kalau letak longan ngan goji..lepastu gula batu..pergh!mcm lai chi kang. tpi minum suam2 la 😂 tu je la
pengalaman sendiri tuk anak 1st, xmakan apa2 jamu sbb ank jaundis lama dekat 1 bln(c-sec).bdn cepat letih,lesu n muka pn pucat xberseri je rasa...ank 2nd (c sec jgk), beli jamu nona rogay yg phytonatal n uncang herba untuk minum tu.. adik beradik n mak pn tegur pantang yg 2nd lebih berseri muka, xpucatn sy sendiri rasa bdn pn kuat. beli NR tu sbb pengalaman ank 1st kena sembelit agk teruk slepas bsalin..to make sure ank dah bebas jaundis baru boleh mkn. 1 lg , boleh beli herba mandian di shopee klau xdpt cr yg fresh.. bg sy sngt membantu untuk segarkan badan semasa dlm pantang..
Saya langsung tak beli pape set berpantang. Jamu pun tak makan. Sy tak ikut pantang sgt cara tradisional. Cuma sy pggl cl dtg rumah utk urut, tangas, tungku n pakai bengkung. Mknn pun sy tak pantang sgt. Sy ikut saranan doc Imelda.Sy bersalin normal n luka Sy kering dlm mse 2 mggu. Takde buat rendaman faraj pun. Hanya mkn duphalac. Lps tu buat penutup pantang naik kan rahim. Tu pengalaman sy lah. Hihi
Saya bersalin czer. Tak makan pun jamu sbb anak kuning 5 hari lepas tu kalau nak jaga badan just mandi air herba yg direbus je. Saya tak rendam pun faraj sbb xusik apa2 kawasan tu.. Kalau untuk dalaman just makan makanan panas2 je, jgn makan nasi sejuk. Lada hitam kena elak kalau anak kuning
Ohhh baik tq ats perkongsian 🤭
sya bersalin normal , beli set berpantang jenis jamu last2 ank dh 6m still x hbs guna lg 😂 beria je beli.. masa berpantang mmg x dpt pun mkn jamu sbb ank kena prolong jaundis lps tue dh mls nak guna.. nnt rajin2 sikit sya mkn/minum jelah jamu yg ada tue , xlah membazir plak beli tp x guna 🥲
a’ah , kalo dh di belikan.. makan jelah tp pastikan masa tue baby dh bebas jaundis sepenuhnya tau . sya mmg jenis amalkan jamu2 nii , kadang air jamu kunyit buat sendiri je.. sm jg mcm kta mkn makanan yg campur2 herba, ulaman, bwg2, spices tue semua. cuma lps bersalin hr tue sya x termakan jamu sya beli sbb ank prolong jaundis..
Klau xpernah dgn jamu atau xbiasa, hold dulu bg pndpt sy. Jamu ni sifatnya panas.. klau awk breastfeed baby nt, kurang minum air.. kesian baby kuning. Sembelit lg nk hadap. Skrg ni mslh byk lambakan jamu yg bukan ramuan asli (ada campuran / tiruan). Apa² pun survey dulu ikut keselamatan & kesesuaian..
yea betul
jamu ada banyak jenis. masa pantang elakkan jamu yang ada bahan perapat macam manjakani sebab kita nak kasi darah semua keluar dulu bersih dalaman dulu dan buang air besar lawas. boleh amalkan phytonatal nonaroguy. lepas dah hari ke 44 baru boleh amalkan jamu yg boleh merapatkan bahagian bawah tuu.
better no kpd jamu.. doktor x brp galakkn bagi.. lagipun bersalin nt kebanyakkan bayi akan ada kuning jd.. ibu kena jaga mkn.. elakkn benda yg panas spt jamu.. halia.. rempah.. & lain² yg panas..
nk mkn tu blh.. kena tunggu anak betul² bebas kuning
Jamu ada dadah steroid. Bila makan jadi sihat segera tapi bila tak makan jadi sakit & bertambah sakit pula bila henti makan. Doktor yg beritahu. Terpulang, badan sendiri nak pakai sampai tua.
Doktor kata makan makan yg sihat & seimbang dah mencukupi semasa berpantang. Tak perlu rendaman faraj sis. Sy bersalin normal kena gunting. Nurse suruh pastikan selalu tukar pad & bersihkan guna air biasa je. Takde ubat apa.
Musfirah Ahmad