dari baby lagi perlu ada komunikasi 2 hala dan rangsangan dari sensory. kalau tak baby akan lambat dari banyak segi, contohnya lambat bercakap. contoh aktiviti boleh kenalkan anak dgn tekstur barang berlainan. bagi pegang beras, kacang hijau, tepung, makanan yg dilenyek, apa apa la. masukkan makanan beras/kacang/ etc tu jugak dalam botol untuk bagi dia pegang dan goncang. anak kena explore bunyi juga. bagi plastik, kertas untuk dia ronyokan. rajin sembang dan baca buku untuk anak. ni untuk kosa kata baby dan ajar cara komunikasi. bawa anak pergi taman pijak tanah. biar dia merangkak pegang rumput. banyak benda boleh buat lagi. boleh juga bawa dia jumpa baby lain untuk berkawan. cuba google juga untuk idea lain.
tolong simpan phone ditepi dan layan anak. anak ni amanah untuk dijaga sebaiknya. phone tu boleh digunakan untuk cari ilmu. gunakan sebaiknya
Baca lagi