Sy anak dah dua. Yg sulung dh mula bersekolah. Terasa cepatnya masa berlalu seperti baru je lahirkan dia. Masa pregnantkan sulung ni dulu sy dah tak berkerja. Mengharapkan gaji suami yg tak sampai 2k utk sara kami anak-beranak. Masih struggle sampai skrg ank dah dua. Adakalanya, gaji suami tak cukup sampai hujung bulan. Terpaksa fikir pula esok nk bg anak makan apa dgn poket dah kering. Lagi2 dah nak raya ni satu apa tak beli lg. Dari mula kami kahwin, sy tak pernah balik kg time raya. Tiket mahal, tak mampu. Byk keperluan lain yg kami kena utamakan.
Sy nak berkerja utk bantu suami, tp suami tak bagi. Katanya, biarlah dia usaha bab duit. Sy pula blh jaga anak2 kt rumah. Katanya lagi, biarlah ank2 tak membesar dimata dia atleast ank2 membesar dimata sy dan cukup perhatian slh sorg dr kami. Itu pun rezeki.
Sy dah cuba buat dropship n etc dr rumah..tapi entahlah sy yg tak cukup usaha atau apa.
Tipulah kalau sy tak teringin berbelanja kehendak sy kan. Jalan2 bercuti, nak mewahkan family. Mestilah teringin. Tapi sy tahan sy pendam bila tengok keadaan suami yg struggle. Wlupun suami tak luah, sy tahu fikiran dia sarat. Sy tahu dia penat. Sy tahu dia pun ada keinginan tapi dia lebihkn keperluan anak bini. Kdg2 dia minta maaf rasa bersalah sbb tak dpt mewahkn sy dan ank2. Balik kmpung 3-4 thn sekali. Tapi takpe itu pun rezeki.
Tiap hari suami balik kerja pukul 6, sampai rumah dia tolong kemas2. Kdg tolong masak. Tolong jga anak2. Habis makan malam dia tolong basuh pinggan. Bila sy suruh dia rehat..dia cakap kesian ayang penat urus anak2 seorang diri bila abg prgi kerja. Ni, sy pregnant ank ke3. Tiap malam wlupun dah nak lelap dia still gagahkn diri urut sy. Tak pernah tolak.
Kalau fikir kewangan mmg sesak. Mmg tak terbayang hari esok mcm mana. Tapi tak tahu mcm mana, kami dpt harung. Sy redha tak mewah mcm isteri2 diluar sana. Tapi..Allah rezeki kan suami yg sgt prihatin buat sy dan anak2 adalah rezeki terbesar sy. Sy tahu ada yg kata, suami baik tp tak ckup sediakn keperluan pun tak guna. Alhamdulillah, wlupun kecil, kami ada rumah utk menginap. Wlupun tak canggih, kami ada kenderaan utk bergerak. Wlupun tak ootd, kami ada pakaian utk dipakai. Alhamdulillah sy redha dgn apa yg ada.
Begitulah, rezeki yg Allah beri pd setiap hambaNya dlm pelbagai cara.
Doakan suami kita diberikan rezeki kesihatan. Allah jaga setiap langkahnya. Diberikan kebahagian bersama dunia akhirat.