2 Balas

Saya cadangkan awak kumpul duit dan minta orang berpantang jaga awak sekurang kurangnya seminggu. First time mom macam saya pun clueless sangat sangat. Saya pun pantang tanpa mak. Tapi saya upah orang jaga saya. Dia banyak bantu terutamanya tentang bayi sebab saya memang tak reti apa pun. Dia yang bantu anak sampailah tali pusat tercabut, dia mandikan, dia potong kuku. Saya nak cerita dekat awak pun macam panjang sikit. Tapi awak kena prepare barang barang ni. 1) pad 2) stokin 3) maternity bra 4) kain batik (kalau tak nak pakai seluar) 5) stokin (tak nak angin) 6) pakaian harian biasa 7) breast pump 8) milk bottle 9) plastic simpan susu 10) susu formula (backup kalau tak boleh BF) 11) diapers 12) wet wipes 13) sabun mandi baby 14) lotion badan 15) sikat 16) pengepit kuku 17) minyak yuyi dengan minyak telon (kurangkan angin) 18) tuam bayi (beli set kecik dengan lilin dan lighter) 19) barut 20) baju bayi plus seluar plus towel 23) mitten, topi, socks 24) alas tidur bayi, cot, tilam, cadar, bantal, selimut 25) puting 26) padding bra (avoid leaking milk) 27) nipple cream (wajib untuk mak BF) 28) beli cushion donut (nanti nak duduk sakit kalau slps beranak normal) 29) kain lap (in case baby muntah) Awak nak beli barangan berpantang sendiri boleh juga. Banyak je brand macam tanamera, nona rogaya. Ni basic je tau. Bangun pagi, awak siapkan diri dulu. Mandi, makan. Kemudian awak mandikan baby. Lepas mandi dia, awak tuam, pakai minyak yuyi atau telon, ikat barut, pakai baju, pakai mitten dan socks. Then pakai bedung. Kasi dia minum susu, lepas tu sendawakan dia. Then awak nak main dengan dia boleh, nak borak boleh, nak ambik gambar ke. Then dia akan tidur. Lepas tu awak rehat lah. Benda ni akan repeat sampailah anak dah besar dan boleh start makan. Time anak tidur tu, awak boleh lah pam badan. Susu lebih simpan dalam fridge. Tulis tarikh. Then bila nak pakai, defrost guna machine (jangan microwave) atau air panas. Then isi botol. Botol kena basuh dengan pencuci botol bayi lepas tu kena sterilize setiap kali selepas pakai. Nurse akan datang rumah check awak awal awal nanti. Nanti semua appointment doctor perlu datang tau Good luck!

Oh nanti beli sekali tab mandi dengan tempat tab mandi tu. Berguna sangat bagi saya sebab belakang saya tak sakit. Awak berpantang sendiri nanti mandi air panas ya, bukan air sejuk. Tak nak badan berangin. Lepas tu awak pakai korset tau. Beli je yang korset mana mana senang sarung. Makan awak kena jaga ya. Jangan makan mengarut. Nasi boleh, ayam boleh, ikan sayur buah. Awak cuba minum susu yang direndam kurma untuk banyakkan susu badan. Saya suka makan sup lobak putih. Tu pun nanti susu akan banyak. Awak bila berpantang sendiri jangan berdiri lama sangat, atau berjalan banyak sangat. Bagi saya lepas 3 minggu should be okay. Awal awal tu lemah sikit. Make sure awak makan semua ubat. Awak jangan drive tau untuk jumpa doctor. Kalau awak sorang, call grab. Nanti awak beli tuam dekat shopee, awak panaskan atas dapur. Tuam sendiri dekat perut dan tapak kaki.

Soalan popular

Artikel Berkaitan