Activity with a 6 months old

Hi semua, boleh share tak activity seharian buat apa dengan baby umur 6 bulan. Baru masuk 6 bulan, tak pandai tarik dada lagi. Selalu buat aeroplane @ superman position. Kaki pandai tolak dah sikit². Cuma tak pandai guna tangan buat tarik badan dia je. On a daily basis, biasa buat apa dengan baby ya? Saya lepas mandikan baby pukul 8.30 am, terus dia tidur atau main toys kejap before nap. Bangun pun main toys jugak, sambil dia main saya buat kerja rumah @ mandi @ makan. Selalu catch feeling like I'm a bad mommy sebab biar anak main sendiri. Rasa not enough. Tapi bila dengan anak, kadang-kadang tak tahu nak buat apa dah dengan dia. #advicepls #firsttimemom

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hye sis… Kalau 6 bulan dah boleh makan kan… Boleh tambah dalam rutin waktu makan n snack time… Macam rutin anak2 saya masa baby, Jam 8am mandi, breakfast, main Jam 10am tidur / snack time kalau anak bangun Jam 12pm mandi, lunch, main Jam 2pm tidur Jam 4pm teatime, main Jam 6pm mandi, main Jam 8pm dinner, main Jam 9pm masuk bilik guling2 tidur Dalam sela masa anak tidur boleh la buat kerja2 rumah makan mandi… Saya banyak bagi anak2 main untuk develope skills anak2… Sekarang anak2 dah tadika saya hantar ke montessori school tak hantar ke tadika belajar baca menulis tu semua… Masa main tu macam2 laa, banyak baca buku dengan baby, guna buku2 yang gambar besar2 colourful, menarik, kadang bawak anak p playground, swimming pool, apa2 ja aktivit yang kita pon boleh buat sama2 dengan anak… Masa ni la kita nak luangkan masa dengan anak2 Nanti dorang dah besar semua nak buat sendiri dah tak nak kita buatkan. Takut masa tu dah rasa tak diperlukan lagi… Have a fun time sis with your baby

Baca lagi
11mo ago

🥹

if mommy busy, buat je apa2 aktiviti yg blh bantu anak follow milestones dia.. guna toy anak tu utk tarik perhatian anak belajar, if nak dia pusing meniarap,guna toys bg dia pusingkan badan, nak dia mengesot, guna toys dia utk dia capai dekat pastu makin lama makin jauh.. nak anak duduk, dr meniarap tu pegang tangan dia sebelah kat lantai sebelah mommy tarik ke posisi duduk, letak bantal peluk baby @ tuala gulung2 atas peha dia utk sokong bdn, pastu arahkan dua2 tgn anak tu ke lantai utk dia imbangkan badan nama dia duduk tripod. anak tak perlukan mainan @ apa2 yg viral tu,dia perlukan kehadiran mak ayah @org layan dia.make it simple guna apa ada kat rumah je

Baca lagi
11mo ago

thank you. membantu sangat. nanti saya try. hopefully ada improvement kat anak saya. kesian tengok dia, dia nak je mengensot, cuma stuck dengan position aeroplane. pastu merengek.