5 Balas
Saya🙋🏻♀️Saya dulu pun tak boleh makan nasi. Bau nasi pun tak boleh. Ini antara menu saya ya. Mungkin ada yang Puan berminat, boleh cuba. - Noodles contoh mihun goreng, mihun sup, kuey teow tomyam, laksa - Pasta - Any kind of salad - Oat+fruits+nuts - Wholemeal sandwiches Harap membantu 🌹
kalau ikutkan saya mengandung anak first, saya tak boleh telan nasi sampai kandungan masuk 5bulan. so, saya try figure out apa yang saya boleh makan. contohnya, spaghetti. so, tu je yang saya makan. yang penting cukup sumber karbo, protein and serat. and buah memang jadi kudapan saya. untuk elakkan mual
Baik thank you awak. Saya memang banyak makan buah. Tapi buah pun ada yang buat saya mual. Setakat ni boleh telan mangga dengan oren je. Kadang kalau tak boleh telan buah langsung, saya blend je buah tu jadi jus. Okay juga 😂
sy 8 minggu jugak.. makan nasi okey laa.. cuma tak boleh banyak sangat sebab tengah2 makan rasa mual..masakan pon x de yang bersantan mcm kari dan sup pon xleh sebab buat saya lagi mual.. boleh makan tomyam je untuk hilang rasa mual.. pastu makanan kering2 bersambal tu okey la boleh makan..
Betul. Sama. Especially kari. Kembang terus tekak. Saya kalau makan nasi dengan tom yam, mesti tak habis. Kalau kuew teow tomyam, alhamdulillah habis. Tapi cepat lapar balik 😂
Awak try makan biskut jacob yg original waktu pg time perut kosong n sebelum tidur .. saya hritu pon terok jugak tp try bt mcm tu alhamdulilah boleh mkn mknan lain ..
Ohh faham. Saya ada try makan cicah air teh. Boleh makan 2-3 keping je. Kalau tak ada air tak boleh telan. Tapi terima kasih awak ☺️
saya pregnant 1st sedap makan Nasi ayam je. haha. tu pun kena pilih kedai. kena try macam2 lepas muntah Dan muntah. sabar jelah
Sama juga saya. Mula-mula okay makan nasi ayam. Lepastu dah tak boleh terima 😂 tapi tu la. Boleh sabar je. Sekarang saya perasan, ayam saya mesti makan tak habis. Kalau makan ikan, alhamdulillah boleh habis.
Anonymous