Luahan rasa jer

Sekadar luahan.. nak mohon pendapat mummies semua Normalkah rasa mcm kita tak cukup tangan, tak cukup nafas nak buat semua benda. Saya rasa sunyi kadang² melengkapkan, mencukupkan semuanya. Suami sy bukan tak tolong..dia ada tolong jaga anak. Tapi dia jagakan atas katil je,  tolong tengokkan baby je. Selain tu, dia ada tolong buang sampah, dan angkat baju. Tapi still sy rasa mcm nak dia tolong lebih dari tu..sebb sy bekerja dan dia bekerja. Balik kerja sy masak sebb nak tolong berjimat dari spend makan luar. Baby nak kene bagi makan, nak masak makan baby, makan suami, pump susu lagi semua serentak. Sy rasa mcm sy menjaga 2 org bayi. Adakah sy hanya first time mom yg terlalu overwhelm dgn routine baru atau mmg suami sy tak membantu. Mummies yg lain adakah ada husband dgn sikap yg sama.#bantusharing #bantujawab

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

dah slow talk dengan suami ke? Maybe suami awak tak tau apa yang awak rasa. Cuba awak luah dekat dia. Kalau tak larat masak, beli je dari luar sekali sekala. Ataupun mcm yang saya buat, weekend cuti 2 hari tu saya akan ambik masa untuk masak buat stok. Masak banyak2 simpan dalam bekas lepas tu masuk dalam freezer. Balik kerja tak larat nak masak, panaskan je dlm microwave. Sangat membantu untuk jimat masa. Ataupun kalau nak makan makanan fresh, masa weekdn tu saya akan potong siap2 bawang,halia,sayur, daging2 pun saya simpan dalam bekas ikut saiz portion yang saya nak. Pagi tu sebelum gi kerja, keluarkan daging dari freezer sinpan dekat chiller. Balik kerja, lalu kan daging tu bawah air so sekejap je dah defrost dah. Masa untuk potong bawang, sayur tu dah jimat dah sebab saya dah potong siap2 masa cuti weekend tu. Baju pun dah iron siap2. Basuh baju,jemur baju,kemas2 sikit tu suami saya handle. Jadi mmg membantu kat situ. Kitorang mmg tak lipat baju,guna hanger je.

Baca lagi

Rasakan tekanan adalah perkara yang biasa di kalangan ibu yang bekerja, terutamanya apabila tugas harian bertambah dengan tanggungjawab terhadap keluarga. Walaupun suami anda membantu dengan menjaga anak, setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza mengenai tahap bantuan yang diharapkan. Penting untuk berbincang secara terbuka dengan suami mengenai harapan anda terhadap sokongan yang lebih konkrit dalam rutin harian. Saling memahami antara pasangan dalam membahagikan tugas dan tanggungjawab keluarga adalah kuncinya. Jangan ragu untuk meminta bantuan tambahan jika anda merasa terlalu terbeban. Ada banyak ibu lain yang mungkin mengalami situasi serupa, jadi berkongsi pengalaman dan memberi nasihat boleh memberikan sokongan positif. Sumber: Pengalaman ibu yang berpengalaman dalam membagi tugas dengan pasangan dalam rutin harian keluarga. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Sama sis kite.. mula2 mengeluh jgk sbb semua kite.. basuh pump, masak, masak masakan baby. Pkl 9 pm baru sy siap semua, baru boleh uruskan diri. Tapi still dia basuh pinggan, basuh &jemur baju. Ada waktu sy penat sbb hadap jem atau keje byk, terbawa emosi ke rmh. Termarah cakap penat. Dia akn dtg ke dapur tlg masakkan nasi atau potong2. Ada masa sy balik keje emosi sy ok then sy boleh siapkan semua.. Bagi sy normal utk rase mcm tu.. perlu bgtau suami jgk supya diorg tahu. Sbb common sense diorg xsama mcm prmpuan.. Tapi kne igt balik yg suami dan isteri ada tanggungjawab masing2. Bila sy kenangkan balik seluruh perbelanjaan rmh suami sy yg tanggung.. duit sy langsung xguna utk rmh melainkan sy yg nak.. jadi ibu dan bekerja xmudah.. sbb anak 100% depend pd kite.. semoga kite sama2 ikhlas & fokus pd matlamat hidup spya kehidupan kite lebih harmoni 🤍

Baca lagi

minta je suami tolong kalau x menang tangan. Cth mcm waktu maghrib berkejaran nk mandi dan solat, time tulah baby nk susu so sy minta suami tolong masak. elok settle baby dh tdo boleh terus mkn. Nama pun rumahtangga klu sama2 bekerja lagi lah sama2 kne bantu each other. Saling melengkapi baru lah x terbeban. Minta je tolong byk2. Delegate the task barulah kurang stress dan lebih efisien

Baca lagi

Kalau awak rasa penat, takpe sesekali beli/makan je luar. Emosi kita lagi penting. Saya pun 1st time mom & berkerja.

terus terang dgn husband yg sis penat

Marah je husband tu

6mo ago

Ish tak elok lah awak ni suggest macam tu. Tt kan kata suami dia tolong je buat kerja tapi maybe tt rasa tak cukup. Bukannya tak tolong langsung