10 Balas

Saya sarankan semua ibu mengandung untuk berbaring secara mengiring bila kehamilan dah mencecah 28 minggu. Why ? 🤰 Kalau ibu berbaring terlentang pada 3 bulan terakhir kehamilan ( bermula 28 minggu ), rahim yang besar boleh menekan salur darah utama dan kurangkan pengaliran darah pada rahim dan bekalan oksigen pada bayi akan terjejas. Nak mengiring kiri atau kanan? 🤰Mana-mana boleh. Takda masalah. Kalau memula tidur tu dah mengiring, tetiba bangun da terlentang. Macam mana? 🤰Normal la tu posisi tidur berubah-ubah kan. Yang paling penting, masa nak berbaring - tak kisah la tidur waktu malam atau taking a nap, perlu mengiring kiri/kanan. Bila bangun tu da terlentang tak mengapa. Apakah risiko bayi meninggal secara tetiba sekiranya saya baring secara terlentang? 🤰Kajian menunjukkan secara keseluruhan, risiko kematian bayi secara tiba-tiba berlaku dalam 1 dalam 500 kehamilan. Kajian terbaru telah mengesahkan bila ibu tidur mengiring, risiko bayi mati secara mengejut dalam kandungan ni dapat berkurang 50 peratus. Saya pasti, tidur terlentang dengan abdomen yang besar tu pun sebabkan ibu tak selesa kan? So mommies, jom tidur mengiring ! 👆🏻Info dari Dr Muhammad Izzat.

meniarap yg x boleh.. terlentang tu ikut keselesaan awk.. agk2 x sesak nafas tu ok lh.. sbb kdg bb ni tido mcm mana kita x tahu.. so dia akn bg tekanan kat perut jdinya kita susah nk nfs.. tp better choise mengiring.. incase lenguh kanan, tukar ke kiri.. jgnlh baring satu arah je..😊 lgi pun mgiring ke kiri ni bgus utk bb bg oksigen..

bila dah masuk 2nd trimester elakkan baring @ tidur menelentang sebab masa ni baby dah cukup berat untuk menekan salur darah utama dan menjejaskan pengaliran oksigen pada baby. apa bila baring sy akan letak bantal di bahagian bawah sebelah kanan @ sebelah kiri untuk elak dari baring menelentang masa tidur & ini juga mengurangkn sakit belakang.

sebaiknya tdo la mengiring. sy kalau tdo terlentang,pinggang rasa nk patah. sbb beban kuat sgt kt perut tekan tulang belakang. 2nd trim dh blh start tdo gilir2 mengiring. terlentang kjp2 xpe. yelah pinggang lenguh jgk asyik mengiring je kn

Sy pun sllu tukar2 posisi tidur,mengring kiri dan kanan,terlentang skjp utk luruskn bdn tp x smpi 5min ,dn bukan ketika sdg tidur,lpas rasa nikmat luruskn tulang blkg skjp tu,sy mengiring smula..

nurse saya kata mitossss… yang tak boleh cuma meniarap je… sejak dr tu saya baring telentang je sebab lenguh dah bahu ni asyik tidur mengiring selama 7 bulan… Alhamdulillah okay je…

boleh cuba tgk sini ye☺️posisi tidur yg betul https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0xjPLhj8fdFUJZwYXUdHL131f1t9hyqjWGZQkzTtfvbaN6CoqBM4aWCowWvRDYTS9l&id=288520784647988

sy tido melentang ja sis dr awal kehamilan smpai lah skrg 29w dh...sb selesa tido melentang dr mengiring,nie kehamilan kedua sy...msa ank sulung dlu asyik tido memgiring ja xslsa tido melentang...

sy sllu tido melentang n mengiring ke kiri wlaupun bru msuk 26weeks sbb sy xselesa sgt ble tido mengiring . baby kick smpai ke subuh esok 🥲. kte dh ngantuk dy still nk ajk main.

Sy kandungan 19w sy baring terlentang,baby tiba2 x aktif mcm biasa,risau..lpas tu x brani tidur terlentang..esok dah 21w..mmg x brni dah terlentang tidur malam..

kalau saya nak tidur terlentang memang saya akan tinggikan bantal sikit selesa sangat huhuu letak bantal kiri kanan memang lena habis 🤭

semester 2

Soalan popular

Artikel Berkaitan