Hi. saya wfh mom untuk 2 kids. Saya tahu mertua tak suka saya dari awal kahwin lagi. Tapi selalu cuba menidakkan. Saya selalu fikir positif setiap kali dia layan / kata benda2 yang menyakitkan hati. Kemuncaknya bila suami saya dapat kerja gov (saya yg mohon & gigih tolong jawab exam online), mertua saya makin nampak sangat tak suka kat saya. Dia mula berani pertikaikan saya yang tak kerja luar macam orang lain. Pernah saya sembang dengan dia & saya bagitau dia suami saya tak suka bawa saya pergi kenduri. jawapannya "iyelah. kalau dia bawak awak pergi kenduri jumpa kawan-kawan dia, awak nak sembang apa dengan diorang? diorang semua geng pegawai". Rasa tersentap sangat. Suami saya baru 2 tahun jadi pegawai, maknya dah megah sangat dah. Kawan2 suami saya bukannya semua pegawai pun. Saya master holder. Lagi tinggi taraf pendidikan nak banding dengan suami & kawan2nya. Cuma saya wfh ja. Tak keluar kerja macam orang. so mertua saya anggap saya tak kerja. Bukan ayat ni ja yang dia kata kat saya. banyak lagi. Saya selalu fikir positif. Tak pernah burukkan mertua saya depan suami saya. Sampailah Ogos tahun lepas, Saya ada buat bengkel untuk orang secara online. Saya minta suami jaga anak2. Suami ajak balik kampung dia. Saya setuju dengan syarat jangan ganggu saya waktu bengkel saya. Suami setuju. Tapi, lepas habis bengkel, saya teruk dimarahi mertua saya sebah biarkan suami saya jaga anak. Banyak benda yang menyakitkan hati dia cakap kat saya. Suami ada kat situ tapi suami x back up saya langsung. alasannya sebab tak.nak melawan mak dia. Selepas kjadian tu saya trauma sampai hari ni. Saya didiagnosis depression and kena on medication sbb ada cubaan lukakan diri & anak2. Waktu tu, ada masa saya tak boleh tengok anak2 saya. Saya rasa geram, rasa benci, rasa nak marah sebab anak2 saya tu cucu mertua saya. Ada satu malam saya mengamuk teruk sebab suami saya bawa anak2 saya pergi kenduri sedara dia dengan mak & adik2 dia tanpa inform saya. Padahal dia dah tahu saya dah lama ajak dia pergi kenduri tapi dia tak nak. Saya jadi hilang akal. Saya ingat-ingat lupa apa yang jadi. Suami saya call kedua2 parents kami. Waktu saya dah makin tenang, saya dengar mertua saya cakap kat abah saya. "Saya tak tahu pula dia perangai macam ni.". Abah saya balas "Sepanjang hidup dengan kami dia tak pernah jadi macam ni.". Tak lama lepas tu abah saya balik dan warning suami saya. Sekali lagi saya jadi macam tu, abah saya akan pisahkan kami rela atau tidak. Dan sangat menyakitkan hati, malam tu juga mertua saya berhabisan cerita kebaikan diri dia kat parents saya. Parents saya sampai muak. Walaupun saya dalam keadaan macam tu, dia masih nak salahkan saya dan cakap dia yang terpaling suci.
Mertua saya selalu cakap anak2 dia baik. Padahal suami saya sangatlah baran, saya dah banyak kali disepak, diseret, dihalau, dipukul dengan hanger walaupun atas sebab kecil ja. Waktu dia marah saya lepas bengkel tu, saya cerita yang suami saya pukul saya. Jawapan mertua saya "kalau perangai macam hang ni, dia buat lebih lagi pun mak tak.hairan. Kalau mak perangai macam hang, dah lama mak cerai dengan abah". Ya Allah, sakit sangat hati. Saya ada bertanya dia apa yang teruk sangat perangai saya di mata dia. Dia cakap saya biar suami saya jaga anak2 waktu saya buat kerja. Saya biar suami saya tukar pampers anak. dia dulu tak pernah biar suami dia buat semua tu. Dia buat semua sendiri. Dan itu sahaja alasan dia benci sangat kat saya. Waktu ogos tu juga, dia ada cakap kat saya "dari hari pertama mak tengok hang, mak tak berkenan dah. Hati mak ni tak berkenan kat hang. Mak pernah mimpi khemah terbang waktu majlis kahwin hangpa". Hancur hati saya waktu dia cakap macam ni. Kalau betul dia tak berkenan dari hari pertama tengok, knapa tak jujur dan halang perkahwinan kami. kenapa teruskan. Sampai sekarang saya masih tak boleh maafkan dia. Hanya sekali saya balik kampung suami lepas kejadian tu, raya lepas. itupun selepas pulang ke rumah, saya jadi murung semula.
Anonymous