Tak pandai telan pil
Saya tak pasti siapa mcm saya atau mungkin saya seorang je tak pandai telan pil sejak dulu lagi. Saya tak pernah masuk hospital. Saya tak pernah sakit teruk. Pil yg saya senang makan adalah pil selsema je sebab dia kecik. Panadol pun bercinta nak makan. Sejak dapat tahu pregnant ni, saya tak risau bende lain, saya risau kena makan ubat je. Setakat ni folic asid boleh telan sebab kecik mcm pil selsema. Tapi obimin ni😞 saya dah cuba potong dua. Separuh je boleh telan, lagi separuh dah cuba berkali2 tetap tak boleh telan. Lepastu saya makan folic asid je utk topup obimin separuh tu. Boleh ke mcm tu? Saya risau. Saya pun marah dengan diri saya sebab tak reti2 telan pil. Tapi saya dah cuba😔 #firstmom #firstbaby