68 Balas
hi awak.. sy nak share jgk.. anak sy lahir berat 2.7kg. lepas 2 hari lahir terus ke nicu bacaan kuning tinggi berat dh turun 2.4kg.. kena tidur bawah lampu biru.. hri pertama masuk wad bby kena tidur sendirian sy tk dpt teman sbb katil room in utk ibu dh penuh.. kami terpaksa buat keputusan bg formula.. kami pasrah lah sbb tk prepare susu badan untuk simpan pd nicu, kalau blh mmg tknak bg fm.. tpi apakah daya, susu badan pun keluar 1 onz je hri 1 dgn 2.. sy dpt keluar dri wad ptg tu, jd esoknya mengurut susu berjaya pam dpt 6onz utk bwa ke pital, dtg hospital nurse kata dh ada katil utk sy room in dgn anak.. alhamdulillah dh blh direct bf.. utk pengetahuan setiap hari dr akan dtg check keadaan kuning anak.. hri kedua tu kuning anak tk turun banyak.. berat anak naik 2.42kg mcm tu.. jd tk blh balik lg .. ok tkpa ikhtiar lg susu badan setiap 2 jam sy bagi.. utk turun kuning ni dr pesan berat anak kena naik.. alhamdulillah hri 2 di wad tu mlmnya dh stop lampu biru pd anak.. 3 hri berturut² sy pulun kasi susu badan.. sy rsa seronok sgt anak minum bnyk dgn harapan kuning turun banyak.. tk tmbh susu formula langsung wlupun nurse ada offer kalau nak tmbh susu formula.. sy tolak... dlm hati yakin sy blh terus bf nak cepatkan kuning turun.. mmg lawas berak, kencing anak sbb bf setiap hri banyak hasil .. hri ketiga dr dtg check darah.. Ya Allah, berat anak 2.47g dri 2.42kg.. Dr suruh teruskan susu dgn banyak.. sy mcm speechless tgk doc ni.. nk nagis dh depan doc.. sy tahan.. sy bg susu badan setiap 2 jam tk pernah skip.. nak banyak mn lg doc 😢.. dlm hati ni sedih sgt.. frust rsa nak give up pun ada.. sbnrnya spanjg ddk di hospital 3 hri sy menagis tgk muka anak , kenangkan anak kuning tinggi tk blh balik ke rumah.. Jdi ptg tu sy ikhtiar minta pd nurse nak tambah susu formula.. alhamdulillah anak boleh terima.. sy terus je bagi susu formula dgn bf selang².. hri keempat berat anak naik pd 2.5kg.. tpi tk blh balik lg.. stay lgi di wad.. shadu bermlm di NICU bayi ni 24jam dgr bayi menagis.. dgn sy² menagis kadang tu.. tidur pun sekadar tutup mata kjp lg 2 jam anak nagis nak susu.. hri kelima di wad.. alhamdulillah berat naik 2.6kg dh berkat campur fm dgn bf , baru berat anak naik mendadak bg sy.. dlm hati ni syukur sgt.. dpt iktibar bukan satu kesalahan pun campur formula pd anak, malah boleh jd asbab terbaik utk kesihatan anak.. walaupun dh lima hri anak sy di wad.. masih belum dpt keluar dri wad.. hri kelima ni tunggu result darah smlm tk keluar2 lg.. doc pun tkde dtg melawat.. sy dh mcm cacing kepanas tunggu result dgn doc dtg.. smpailah kepetang waktu melawat.. masih tkda khabar berita result mahupun doc.. redho sy dgn suami, tunggu esoknya hri keenam.. Syukur sgt berat anak dh naik 2.73Kg, kuning dh turun banyak tpi masih 200+ jd masih perlu pergi ke KK utk teruskan pantauan kuning.. Bahagianya anak dpt balik Allah je tahu.. begitu lah ceritanya.. disini sy nak share jgnlah takut nak campurkan fm dgn bf jika rasa perlu utk ikhtiar.. jgn lah kita siksa diri mahupun anak.. suami sy pesan jaga diri untuk jaga anak.. jgn smpai rsa tertekan nnti anak pun terasa.. para ibu ni sgt kuat bonding dgn anak .. jd buat lah pilihan dgn pemikiran terbuka dan berserah pd DIA.. Lepas dh balik kerumah, kami ikhtiar cari susu formula yang sesuai dgn anak.. beli trial pek. ada lah 2 kali cubaan susu berbeza baru dpt yang boleh masuk dgn anak. kemudian ikhtiar jg dgn mandi herba kuning (cina).. minggu pertama check kuning anak 100+ alhamdulillah minggu kedua dtg lg ke KK kuning anak jatuh 70+ dan boleh merdeka kata Doc 🥰🤲 Begitu lah perjalanan perjuangan juandis anak sy.. buat para ibu yang sedang berjuang utk turun kuning anak.. moga anda kuat dan menjadi pemangkin semangat anak ibu utk sihat.. #reallifeexprience #mogamembantu
bagi je sis susu formula. masa anak saya kene memula 250 lebih pastu masuk hospital turun 200 lebih. next day 190 lebih pastu next checkup naik balik 200 lebih. doktor terus suggest kan tkpe bgi je susu formula. dalam masa yang sama kerap pump susu tapi jangan bagi la tunggu lepas anak awak bebas jaundice baru awak bgi susu badan. nnti nurse tanya awak ckp je awak campur, dan cerita kan masalah awak. kalau nurse marah buat pekak telinga ja. then awak buat apa yang terbaik untuk anak awak dan diri awak sendiri. try bagi susu yang murah mcm dugro, dutch baby, kalau anak tak serasi baru upgrade susu mahal sikit. tips saya, doktor saya kata ibu breastfeeding elakkan makan bawang putih, halia, kunyit, jamu, lada hitam. tapi berpantang kan kene juga makan, tu la saya cadangkan bagi je susu formula, takpe asalkan anak awak bebas jaundice. sebelom gi klinik mandikan dgn daun kucai. daun kucai tu ramas ramas dalam air mandian baby. ibu breastfeeding makan anggur hitam. then bgi susu kat baby. alhamdulillah saya buat tips ni dalam 2 minggu dari 200 lebih jadi 66 je.
Takda masalah pun bg formula kalau dah emergency mcm ni awak. Nurse mmg akan tanya tp awak explain je situasi awak. Bila awak beri fm, nurse just tanya kekerapan awak bg susu tu berapa kali sehari, berapa jam sekali. Itu saja so awak kena alert & kira. Jaundice ni yg penting baby kerap kencing & berak so baby kena kerap minum susu. Bila beri fm pastikan susu tu sesuai dgn dia, monitor texture & warna najis. At the same time nipple awak tu kerapkan juga sapu palmers nursing butter/medela purelan lanolin cream/madu or air susu awak sendiri. Bila dah okay gentel timbul2 time mandi or setiap masa. Awak masih dlm pantang, In Sha Allah baby tak nipple confused bila awak bagi dia fm. Saya ckp based on experience saya juga yg sama situasi mcm awak cuma mujur nipple saya tak sempat berdarah/nanah, cuma crack je sebab saya mmg sapu cream tu selalu
hai sis, just nk share pengalaman sendiri. ank sy no 2 prolog jaundice dan sampai kena amik darah. masa dy dlm pantang sy ada je campur dgn fm sb sy tak nak stress² kan diri pikir psl susu badan. tp alhamdulillah lpas 4-5 hari mmg susu badan meriah. till now ank 1y5m still fully bf. lain cerita ngn ank 1st, kuning xde tp lpas 3hari anak kena warded nicu sb berat turun byk. Sy usaha nk bagi fully susu badan pd dy, rupanya susu still belum ada awal² tu.. sedih rasa.. sb jenis sy, bila dah ngurut baru susu akan keluar. lgpn org skliling byk yg nasihat jgn campur fm kn..nyesal laa gak..😔 dy pun dpt fully bf sampai 6m je.. tuk sis, sy doakan sis dipermudahkan urusan. kita je tau condition diri kita dan sy yakin semua ibu nak yg terbaik tuk ank². just enjoy the moment jgn paksa diri klu tak boleh, jaga diri jaga kesihatan oke..
nurse kat tmpat sy ok je pun. dia kata campur je susu fomula supaya kuning cepat turun. tapi baby sy prolonged juandice, baby g6pd, kuning turun sikit2 juga, sebulan juga sy ulang alik kat klinik untuk check up. tpi tak pe, kita layankan je, yg pnting kuning tu menurun, bukan menaik. tpi tu lah, cian kat baby tiap kali kena ambil darah, bila sah prolonged juandice, kena ambil pula darah kat tangan, bukan sikit, bnyk darah yg diambil. bila anak dah tak kuning pun, bila nurse tnya anak susu apa, sy ckp je susu campur. nurse ok je. tak bising pun. ada nurse yg memahami keadaan kita, ada juga yg suka ckp ikut sedap mulut je. tapi pedulikan je. anak kita, bukan anak diorang pun. pecaya je dgn kata hati. smua ibu mmang nak yg terbaik untk anak, tapi klu ada halangan, tolong jgn pksa diri. ibu happy, bby pun happy.
Saya baby 19hari hari ni. Masa cek kk kuning hari ke13, baby masih 203 bacaan kuningnye. Saya juga menyusu badan sepenuhnya. Pernah rasa down, rasa nak bagi je formula. Tapi atas nasihat mil, mak dan suami.. saya tahankan hati untuk campur fm. Last saya pasrah je anak kena prolong jaundice. Oh satu lagi, anak saya mmg dah nipple confuse juga. Sebab awal2 saya start bagi botol. Puting belah kiri je timbul. Belah kanan tenggelam. Demi hilang kuning anak saya pakai botol. Saya cekalkan hati dalam pantang untuk pam. 🥲 penat memang penat. Struggl pun ye. Dan hari ni, anak 19hari jaundice dia dah turun 80.35. Legaa teramat2.. segala penat pam hilang. So mummy jangan putus asa ya. Tak semua orang sama.
jgn buntu serabut mommy🤗 anak jaundice tu kebanyakan ibu ayah melaluinya. sy sendiri pun lalui. dh pernah lalui kuning anak lebih 300. bukan tak usaha, lampu biru dah, mandi itu ini dah, susu formula dah, mcm2, tp tetap turun sloooowwww amat. masa tgh lalui tu stress jgk. tp bila dah berminggu kena lalui procedures sama hari2, sy redha laluinya. anak pun result darah semua normal je. jd sy pun "takpelah, kita lalui je lah, semoga cepat turun" as long anak ibu aktif ibu jgn serabut btw, bab nak bg formula tu kan, mommy kena bersedia utk susu badan drop kalau tak ambil jalan yg betul. cari ilmu bab penyusuan tau 🤗 cepat sihat baby. mommy enjoy ur journey tau, stress tu musuh dlm lipatan
sama2.. cek posisi mommy dgn baby betul tak, baby mrlekap kat puting ke kat areola, kena cek tu, if tak yakin mommy mintak nurse tengokkan ajar yg betul. menyusu patutnya tak sakit walaupun yg jenis tenggelam ke apa kalau betul teknik. pasal susu anak tak serasi tuuu betulll sgt.. mcm anak sy sdri alahan produk tenusu. pening mak 😅 skrg ni dh setahun setengah dia
Kalau sy kt tempat awak, bg je susu formula kt anak. Jgn stress2. Lagi stress lagi susu badan x keluar. Kalau awak nk bg susu formula, bg sahaja. Once kuning baby dah turun, puting pun x berdarah dan melecet, boleh sambung untuk breastfeeding anak. Its okay. kalau nurse tanya ckp sahaja masalah awak nie knape awak bg susu formula ckp je puting x timbul sampai berdarah2 n bernanah... Nurse biasa x bising kalau bg susu formula. Tp kalau awak sanggup tahan sakit lagi, sanggup tahan for everything, continue sahaja breastfeeding. Cuma jgn stress.
sis try bagi susu formula je buat sementara.. then on same time pam susu so x akan bengkak susu.. x pun sis pam je susu masuk dalam botol bagi baby minum dalam botol.. sy dulu pun buat mcm ni.. semoga sis and baby cepat sembuh
hye ibu ❤️❤️ ibu boleh pam susu masuk botol. Saya juga ada pengalaman baby keluar wad, jaundice naik sampai 200++ Saya susukan baby 2oz setiap satu jam. Baby memang jenis tido tak nak bangun2. setiap sejam tu, saya akan bukakan baju, mandikan baby. jadi baby akan sedar bila kene air. mungkin ibu boleh lap2 badan baby guna towel. setiap sejam saya bagi 2 oz, memang sangat2 cepat turun. sampai nurse cakap cepat betul turun kuning. ibu cubalah ye 😉 kalau ibu tengok baby penat nak habiskan 2 oz, ibu boleh cuba 1 oz dahulu tapi konsisten setiap sejam. Baby jaundice memang sangat2 suka tido. ibu kene kejutkan juga untuk baby minum susu ye 🥰
Hi awak. Boleh je bagi anak susu formula smpai kuning anak turun. Nurse tkkn marah pun dh klau situasi awak tk dpt nk provide susu cukup utk anak. Even anak saya setiap hari pegi check kuning sejak discharge hospital pun bacaan 249 turun 217 naik balik 238 turun 218 then saya decide utk bgi je anak susu fm since doctor pun advice boleh je campur lepastu slow2 kuning anak saya turun 189, 153, 100 dan last check dh 35 je. Awak jngn stress2 sngt ye, awak ibu yg hebat dan kuat tau boleh hadap pantang sorng2 mcm tu. Semoga Allah permudah urusan awak🥰🥰
Inur Liana