17 Balas

Pendapat Sy, Xyah beli, satgi kita nak nyusu badan org sibuk duk buat susu sbb baby kita kerja nya nangis aja. Dh minum susu, baby pun kerja tido xnyusu badan, dah nya takde demand susu badan, susu pun jadi sikit. Baby awal2 mmg la nangis2. Ikut je doktor bgtau setiap berapa jam bgn nyusu anak. Struggle sikit Tapi better utk jaga demand supply awal2. Kalau baby masuk wad, usaha pump ikut jam, insyaallah susu meriah. Kalau betul niat nak nyusu badan, usaha jgk bagi, dah tu tawakkal. Xyah ikut mak nenek sibuk nk bg susu formula Sbb anak bising nangis lapar xcukup susu. Sbb susu ibu cukup2 dah nak bg anak kenyang. Anak nangis tu sbb nak dekat dgn ibu dia, ngempeng org cakap. Biar la baby ngempeng, ntah2 makin meriah susu. Kena tegas bab nyusu badan Kalau betul nak bagi susu badan. Kalau lepas2 tu ada masalah ke, perlu tambah, baru tambah. Awal2 usaha dulu bg susu badan. Aku stress sbb nak bg susu badan Tapi org lain lebih memandai bab anak aku. Anak umur 2hari dah dia suap susu fm. First six month Kalau mampu bg lah susu badan Xyah campur fm jimat banyak. Plus Kalau bersalin swasta dia ada bagi dah susu fm pack trial kecik tu. Penat tau Kalau nak bg formula, sbb Kalau baby okay Alhamdulillah skali beli j susu. Kalau baby xokay dgn susu tu dh kena try beli macam2 jenis plk 😮‍💨 Yg penting jaga demand supply bg susu badan kat anak. Baru susu meriah.

nak beli boleh. tak nak pun boleh. nanti bby dh blik rmh pun blh bli time otw balik tu singgah la speedmart ke apa. speedmart pun ada jual. kalau nk beli beli yg murah dlu dutchbaby atau dupro. lagtogen sllu bby crit. klau tk ok bru tkr yg mhl skit. tapi kalau boleh bg je susu bdn. jgn fkir susu bdn skit. bby baru lahir minum sikit je. satu sudu je kot.. masa bby kt wad sy ada suap dia susu guna picagari, skit je minum sekali hisap je . kalau susu bdn lma skit la dia hisap sbb susu kluar slow.. kalau boleh bg ank susu bdn, susu bdn ni bgus. ank ssh nk kena pnyakit. jgn jd mcm sy bg ank botol awal2 sbb nipple tkde, dia tknk hisap. trus sumbat botol. klau dpt botol mmng dia taknak dah susu bdn. bg botol penat tau , nak kena beli 2 3 botol, susu lg. mlm2 kalau ank lpr susu nak kena cuci botol dlu tuang air pns air sejuk dlu ank dah meraung lapar susu. klau susu bdn sng selak je baju trus bg.. lepastu ank bsr skit klau kluar mna2 nk kna bwa termos air pns, air masak, susu , botol. semua kena angkut 😅

yup kena bwk masuk senyap2

Bagi saya, tak perlu beli dulu susu fm. Tetapkan mindset susu badan tu ada. Seminggu dua lepas bersalin tu susu badan memang tak banyak, sebab baby pun minum ciput je. Teruskan direct feed sejak lepas bersalin, jangan cepat give up. Macam saya, hari ke 3 baru keluar susu itupun macam setitis dua je dia keluar dari breast, so saya guna breastpump untuk galakkan susu tu keluar, tapi direct feed juga pada masa yang sama, lama2 susu akan jadi banyak sebab ada demand. Tapiii, KALAU betul2 ada problem, tak dapat bagi susu badan, dsb; barulah beli susu fm. Lepas bersalin pun boleh beli. Kalau baby masuk wad, tapi susu badan dah ada, boleh guna breastpump & buat stok susu bawa ke wad. Jangan sampai bengkak susu. Sayang kalau dibiarkan, nanti lama2 susu tu stop keluar sebab takda demand. Teruskan pumping kalau dah ada susu badan. Boleh bawa ke wad, nanti anak dah keluar wad, habiskan dulu stok susu tu guna botol susu, gilir2 direct feed. Supaya dia tak minum dari botol saja, takut nanti dia tak nak direct feed. Semoga dipermudahkan urusan sis ☺️

Saya dua2 anak memang takde sedia kan susu formula sebab bersalin swasta memang hospital dah provide susu yang diorang bagi kat nursery. Tapiii pada saya better beli breast pump. Sis try survey2 dulu. Macam anak pertama dulu memang takde standby breast pump. Bila kena bengkak susu, menangis laa sorang2 tak boleh buat apa. Nak pam takde beli pump. Yang anak ke 2 saya dah standby beli awal. Memang nasib baik la beli. Hari ke 5 anak warded kena duduk bawah lampu sebab kuning. Duk rumah pam susu aje laa taknak bagi bengkak. Kalau takde pump tu…. Merana lagi sekali la jawapnya 😂

Kalau ikut pengalaman nak2 first mom ni sediakan lah susu formula. Beli yg kecik. Saya beli susu similac gold. Anak saya minum okay dari nb. Tapi set dalam otak nak bagi susu badan. Bila betul2 terdesak baru bagi susu fm. Awal2 mmg susu tak banyak. Perut anak pun kecik lagi besar kacang je sk jgn risau susu tak cukup. Bagi bila betul2 terdesak je. Jgn jadi mcm saya awal2 saya dah bagi susu fm lepastu menyesal tak bagi susu badan sbb dalam otak asyik cakap susu sikit. Now anak dah 2 bulan lebih baru saya start pump untuk keluarkan susu balik

saya pernah dengar nurse KK cakap dekat sorg ibu ni baru lahirkan anak 4 hari. Anak dia kuning lpstu dia ckp dah pump tp xde susu. Nurse tu kata awal2 xpyh pikir nak pump. Bg je anak direct bf. Kalau bengkak susu baru pump.

Sediakan je.. saya nipple jenis inverted agak confident sikit baby boleh hisap susu badan sbb nurse kata nipple jenis cemana pon baby tetap boleh hisap. Tp bila lps bersalin, baby masuk nicu dh diberi susu fm, then bila saya dpt baby dlm wad saya cuba susukan tp baby takdpt hisap nipple saya sbb susah nk dptkan lekapan yg betul pada nipple saya yg jenis inverted ni. Jd breast saya agak bengkak. Nurse dlm wad pun dah tolong picitkan breast saya, baby still tkdpt nk hisap bebetul. Last2 nurse ambik baby saya suap susu fm sbb baby tak berhenti menangis

Boleh sediakan beli tin yang kecil. Kita tak tahu kalau nanti lepas bersalin macam mana. Kadang susu tak keluar atau tak cukup at least kita ada backup plan. Macam saya masa pregnant susu dah start keluar tapi lepas bersalin masa hari first balik rumah susu tak berapa nak keluar. Untuk elak anak kuning terpaksa bagi susu fm. Lepas 2-3 hari bila susu dah banyak saya terus stop bagi fm. Sis boleh try enfalac A+ tapi sempat lagi ni nak research.

Nasihat sy tak perlu beli lagi, usaha kan bg susu bdan dulu.. mna thu rezeki ank sis susu meriah lepas lahirkn dia😊 InshaAllah usaha dlu bg bf, klau nnti lpas lahir ad msalah ke xdpt bg bf bru sis cri susu fm. Utk permulaan sis cuba dlu susu yg pling murah. Klau tak serasi bru boleh tukar kpd yg lebih sesuai. Tapi klau sis tak kisah pasal harga, boleh je terus beli yg mahal. Try beli kotak kecik dlu utk percubaan.

Klu saya, saya xde beli pun susu fm mulanya. Tp few days lepas discharge sy nipple crack, sakit sangat². Plus kuning anak sy sedikit tinggi so nurse KK advise campur susu fm supaya kuning cepat turun. Now anak sy nipple confuse dah xnak direct feed dgn sy. Sedih jugak laa. Air susu dah drop dpt sekali pakej bengkak susu🥹 skg anak sy minum susu fm & susu perahan. But more to susu fm laa. 🥲

anak sis minum susu fm apa ?

nnt bg susu badan dlu.. klau tgk anak nangis2 nk susu lg n mommy pun da buntu bg la fm.. baik beli yg mur2 dulu.. mcm Dutch bby.. sbb klau da bg yg mahal kne pkir panjang, stabil ke tk nk beli tiap2 bln.. tiap2 bln mau dlm 3 pek camtu.. nk tukar2 tkut perut baby meragam cm cirit ke, siann..

Soalan popular

Artikel Berkaitan