Ubat tambah darah wajib?
Saya nak tanya wajib ker ubat tambah darah tu? Saya tanya sbb tkt apa2hal jugak bila saya makan tp muntah balik jd saya tak makan dh sampai sekarang..😌 #ingintahu #firstbaby
wajib makan sis. ubat tambah darah tu pil zat besi, sangat sangat penting untuk tumbesaran janin yang sihat. kalau tak makan ubat tu, ibu akan mudah mengalami anemia, sangat bahaya untuk baby dalam kandungan. baby dapat nutrien daripada darah yang disalurkan melalui tali pusat, kalau ibu anemia (kurang darah), kesian baby tak dapat nutrien yang cukup, tak dapat membesar dengan baik. kalau awak tak boleh makan zincofer yang KK bagi, awak boleh beli ubat kat farmasi; maltofer(rasa coklat), obimin, sangobion, iberet. dalam diet harian, kita tak pasti jumlah zat besi yang kita makan tu cukup atau tak, sebab tu kena makan ubat tambah darah tu. awak amalkan makan makanan yang boleh naikkan HB, tapi ubat tambah darah tu masih wajib dimakan setiap hari.
Baca lagiSy pun muntah..cara paling sesuai sy rasa.. mkan sebelum tido.. tak rasa apa. Makesure makan bila betul2 da mgantuk..kalau mkn dalam segar bugar.insyallah kua balik 😂