8 Balas

saya kedah, suami kelantan. menetap di johor. setiap kali kalau suami ada cuti memang dah rancang kali ni balik kg mana. contoh raya tahun 2022 harituu kt kelantan, raya ke 4 baru balik kedah. pastu raya haji tak balik sebab suami kerja, maulid nabi awal bulan 10 suami mintak cuti balik kedah. bulan 11 mengundi saya balik kedah, suami balik kelantan. raya cina ni balik kelantan. setiap kali nak balik mesti kena save bulanan jangan boros😂. save setakat duit minyak dengan tol. duit makan takda masak sendiri bawak bekal. ayah cakap balik laa kalau boleh balik. mak ayah tak lama. balik jumpa mak ayah.

yepp kalau boleh balik, balik laa. jenguk² mak ayah adik². risau nanti tak sempat🥺

ok je.. saya balik kg sebulan sekali je. kadang 2 bulan sekali. sbb takde duit sgt pn dok bandar ni 🤭 kg tak la jauh sgt dlm 2jam tp family sy n family mentua pn paham je. nak balik bkn guna daun. skali balik mesti habis 2-300 tu pn kalau tak bejalan. malas nak mengadap jem pun iye. nak save cuti pun iya. byk nak kena fikir. ikut kemampuan aje.

Sama la. Saya dgn rumah mak ayah dlm 2jam cmtu, dgn mentua dlm 3jam. Tp itula bgerak je pkai duit. Takut tk buat cukup utk dyorg. Tp alhamdulillah skrg ada kmudahan ws & vidcall

Ikut kmpuan sis ,kg sy kt sabah suami kt selangor , msa blm khwin mmng thun2 sy blik sabah sbb sy krj kt kl , tp lps khwin ni lagi2 tngh mngndung mmng xdpt blik , tak cukp bjt dngn sy tak krj 😅 jdi klau rsa mmpu boleh je blik tp klau tak mmpu skli sklah jelah

ikut kemampuan bajet awak.. kami laki bini lain negeri.. tp merantau di johor.. kami mampu blk 2 / 3 kali je setahun sbb mkn modal jgk.. skrg ada anak lg mkn modal bajet besar.. jd kami kumpul duit dulu..

Betul lain2 negeri & dua2 belah suami isteri masih ada ibu bapa

Sy dari zaman belajar, sampai ke keje sampai skrg kahwin, Sy balik Dua bulan sekali. tp sekali balik apply cuti lama sikit la dlm seminggu mcm tu.

Ok baik

Sy dr bujang sbln sekali blk kg.. kdg2 2x sbln dh kawin ni nk blk umah mertua jgk wlpn kat kl je sbb suami kdg keje sabtu

okay je. yang penting mak ayah pun kena faham keadaan anak menantu dia

ikut kemampuan masing²

Soalan popular

Artikel Berkaitan