Beza spotting

Saya nak tanya macam mana ya nak beza spotting dengan bleeding? Tengok ramai juga yang alami spotting. Spotting korang macam mana? Saya tak tahulah saya alami spotting atau bleeding atau lendiran biasa. Saya punya warna coklat cair tapi takde spot di panties. Dia lendiran coklat jernih dan tak berbau tu. Bila kena panties jadi basah macam tu je. Kalau nak nampak coklatnya yang betul, saya kena ambil tisu dan lap di bahagian vagina tu barulah nampak betul coklat. Kalau macam tu apa ya? Kira spotting ke? Pening jap mikir 😅 #firstbaby #ingintahu #bantusharing

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya nak masuk W5 spotting warna pinkish & anggap normal so kerja & berjalan mcm biasa but petang tu juga keluar cecair merah terang sampai kena pakai pad tapi tak penuh pun after beberapa jam, half pun tak sampai. So ini mmg saya tau bleeding & saya bleed 3 hari, pad tak penuh tak mcm period. Dah ke klinik scan & makan ubat kuat rahim. Tapi selepas 4 hari check upt negative balik. Sedih takda rezeki mungkin sebab saya mmg banyak berjalan & tak bed rest bebetul 😥 Harap awak jaga diri ya peringatan utk semua agar tak jadi mcm saya. Doakan saya dikurniakan baby lagi secepatnya ya 😭

Baca lagi
1y ago

Saya sama mcm awak sporting darah merah,buat scan semua ok,cuma doktor ckp ni normal sebb awal kehamilan,so kena jaga betul2 n doktor bagi ubat untuk kuatkan rahim

saya punya pula sebelum ni takde tapi w5 ,semalam ada sedikit light2 coklat dekat panty liners , tak berbau, hanya sedikit .saya tukar, cek semula pagi ni takde. saya bekerja tapi tulah, since takde darah merah keluar jaga elok2 ,makan yg sihat2. jangan stress2 jgn byk fikir, banyakkan berdoa. semoga saya ,awak dan kita semua sihat2 sahaja lancar bersama zuriat kita. 🤲

Baca lagi

tu kira bleeding. spotting ni mcm setompok je keluar. mcm nak habis period tu. tapi x byk and x selalu. dlm 2 ke 3 hari je.