BERAPA HARI BERPANTANG CZER?

saya nak tanya. korang yang bersalin secara czer dan bekerja, korang cuti 44 hari pastu masuk kerja balik atau 100 hari berpantang? atau ada mommies yang lepas je 44 hari (tidak bekerja), tapi dah start daily routine macam biasa? hantar anak gi sekolah , masak , menyiram pokok, beli barang dapur, drive kereta and etc. atau korang exactly ikut 100 hari berpantang tidak buat sebarang aktiviti berat/lasak? sy mohon pendapat dan pengalaman mommies semua. sebab sy berpentang tanpa gaji sedangkan sy ada kereta dan comiitment bulanan yg lain perlu di bayar. majikan saya tidak bayar gaji sepanjang berpantang dan jika sy perlukan duit gaji, sy prlu masuk kerja awal. 😅 dalam masa yg sama sy belum start bertungku dan berurut. satu sebab tkde duit nak bayar tukang urut. kedua sebab anak jaundice kerap ulang alik hosp dan klinik. nurse pun selalu datang rumah checkup anak. sukar nak atur waktu untuk mengurut. #firstbaby #pleasehelp

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya dulu czer lepas 44 hari dah sihat, dah boleh berlari, drive jalan2 pergi mall semua. Tp saya mmg tak buat kerja berat2 sis mcm angkat air dlm baldi ke big NO for 2 years atas saranan doktor. Beli barang dapur pun tak berani nk angkat yg berat2. Tp saya time pantang mmg jaga makan, berurut & tungku baru badan rasa fresh & sihat gitu. Now preggy lagi doctor check jahitan lama czer tu semua okay & cantik dia ckp. Saya rasa sis kena tengok juga badan sis mcm mana sebab pain tolerance tak sama setiap org.

Baca lagi