Saya nak share pengalaman daftar dkt Hospital Putrajaya utk FPP. Utk sesiapa yg berminat dgn pakej FPP utk bersalin, saya sarankan lpas je bukak buku pink kalau nak doktor perempuan ( Dr Hamidah). Macam saya, bulan 8 masih ada kosong Alhamdulillah tpi utk bulan 7, nurse kata slot mng dh penuh dgn Dr Hamidah.
Utk book, kena pergi Hospital Putrajaya hari Jumaat, 3pm. Mmg waktu ni je kaunter bukak utk register. So 2.45pm blh start queue dpn kaunter. Nnti nurse akan mtk buku pink dan inform kita doktor yg kita nak tu ada kosong lagi ke tak pada bulan EDD.
Kita akan diberikan borang lpas tu nurse akan bg detailed briefing pasal pakej. Dh hbis briefing, nurse akan panggil nama utk first appointment dgn dr yang kita pilih. Appt dia akan bagi pada minggu 28/ minggu 24 kalau twin. The whole process ambik lbih kurang 1 jam, dari queue smpai dpt tarikh. Saya hbis 1 jam sbb saya beratur depan. Itu je nak share. Harap mmbantu bakal ibu yg lain. 😊
#firstmom #fppputrajaya2021
Anonymous