37w4d .....

Saya mengalami cramping mcm period pain dah 2 malam . mlm td pkul 11-1 pg baru hilang tp cramp tu saya boleh tahan cuma tak selesa , saya layan jee sambil main phone then tertidur . pkul 3 dtg lg kejap lepastu hilang . bangun kencing pun takde keluar darah ke apa lg . sepanjang cramping tu baby ada gerak je mcm biasa . yg saya pelik cramp tu sebelah kiri perut sahaja . celah kelengkang pun sakit belah kiri jee since 28w . simptom lain sekali sekala tak kira siang ke malam ke baby gerak tu ada jee perut mengeras n kemaluan mencucuk . tp kalau duduk rest usap² perut hilang . sept mommy ada ke yg rasa sama mcm saya ? cramp tu false contraction ke ? kalau dtg lg perlu ke saya ke hosp sbb tanda² lain takde lg . mcm mana nak bezakan true contraction dgn false ? #firstmom #ingintahu #seriusnanya

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Mcm apa yg nurse/doct inform sy semalam time sy checkup di KK, diorg inform kalau kata ada rasa sakit pinggang mcm period pain terus pergi ke hosp. Kalau sis rasa still boleh tahan its ok, tpi kalau makin lama makin kerap tu dah tanda baby nak keluar diorg kata. Kalau ke hosp doct akan check pembukaan terus. Agak agak takda apa boleh balik. Pape pun kena pergi diorg kata. Sy pun dah 37w 😊

Baca lagi
9mo ago

tu lah sis sebab saya boleh layan sambil main phone lg takde lah kejut suami pergi hosp pun . saya banyak baca org ckp kalau betul contraction tak boleh buat apa dah . tengok org pun rasa nak telan apa lg nak main phone 😌

Simptom sis rasa sebiji apa yang saya rasa sekarang ni.. Saya pun tak dpt beza dia true atau false contraction.. Tanda lain pun mmg tak ada.. Tapi dia tak kerap sgt smpai 10-5 minit.. Kita pun masih lagi boleh tahan & baby pun gerak mcm biasa. Bila relax, usap perut & kawal pernafasan okay balik. Sekarang saya dh 38 minggu 4 hari. Moga urusan kita dipermudah kan.. Aamiin. ❤️❤️

Baca lagi

sy pun selalu rasa braxton hicks,tp sy abaikan ja sebab sakit tak lama. sy tau bila masa nak bersalin sebab contraction akan kerap,bila 5 minit sekali dtg contraction,memang dah sampai masa nak bersalin walaupun tiada keluar air atau darah. sampai hosp memang dah ada bukaan cm,dan sy bersalin hari yg sama

Baca lagi
9mo ago

okay sis saya banyak baca kalau dah kerap tu ke hosp jugak yelaa saya 1st time bila dtg cramp mcmtu tertanya jugak dlm hati ehh dah sampai masa ke tp takde tangkap pinggang n tak sakit kuat lg masih boleh layan lg . tu saya rileks dulu

Sy penah jugak. Kdg tu dia mai pagi time subuh. 3/4kali sakit mcm sngugut tangkap ke pinggang. Selang 5 minit. Lpastu xde dah . False cntrction. Ingtkan dh smpai masaa. Skrg 38w, mngeras dtg kdg2.. xsbar nk tggu bby kua 🤭

saya pun baru rasa ja smalam mcm senggugut tu . sambil2 main phone then terlena . pagi ni ada la rasa sengal2 sikit kat bawah perut tu . tapi takdak tanda2 apa lagi . saya pun konpius sebab first mom juga 😅 dah 37w6d dah

9mo ago

kan sis sama lah dgn saya sekarang jalan sikit tak larat dah rasa berat bawah perut .