7 Balas

Pertama, taubat nasuha sis. Anak tu tak bersalah. So, jangan pernah fikir nak gugurkan ye? Pleasee jaga baby tu. Kedua, buat buku pink untuk tengok progress kesihatan baby and kesihatan sis juga. Ketiga, jujur dgn keluarga ya sis. Jangan sorok-2. Doa banyak-2 keluarga menerima. InsyaaAllah the power of doa 🌹 saya pun nak doakan sis moga sis kuat dan jadi lebih baik ya lepas ni. Saya yakin urusan sis dipermudahkan kalau sis buat benda yg betul.

1. Umur berapa sis? Masih sekolah lagi dan bawah tanggungan mak bapa? Atau dah kerja? 2. Dah bincang dengan partner atau mak bapa? Partner nak kahwin tak? Kalau ada sokongan partner atau keluarga, akan senang sikit. 3. Kalau nak lahirkan anak, sis ada kemampuan untuk besarkan anak, atau nak cari keluarga angkat? Ini bukan setakat lahirkan anak saja, kena fikirkan masa depan anak.

Takpe sis jgn risau , nanti buat buku pink ye untuk pemantauan kesihatan ibu dan anak🥰 nanti dah pergi sana, bgtau dorang last period sis bila. So boleh dapat tahu kandungan sis dah berapa minggu ye👍🏻jaga kandungan elok elok, moga mommy dan anak sihat ye🤲🏻❤️

jgn risau sy pun sama , jujur je masa nk bukak buku pink , nurse2 semua layan baik2 je , sy skrg dah masuk trimester 3 pun yg penting jgn gugurkn baby ok dia xdosa nnti lama2 awk akn syg dia dan jujur dgn family inshaAllah family blh terima baik buruk pun tetap anak diorg

saya baru sebulan. tak berani nak bgtau parents sebab masing² ada penyakit. Dan saya masih belajar tapi tanak gugurkan kalau boleh. macam mana nak buat

sama dengan saya juga sis, saya skarang pun dh 28w pregnant anak luar nikah.. tetap nak jaga sbb ia rezeki dr tuhan and baby xbdosa pun utk kita hukum.. tetap kuatkan smangat utk jaga..abaikan mulut org, stay positive and strong for ''mini'' us🌹

Pegi je buat buku pink….Malu tu memang la ada kan…tapi tebalkan je la muka…..😅…lama2 ok lah tu…..nurse pun x tnya byk kali…diorang cuma nak tgk keadaan kita n baby je…kawin x kawin sendiri punya hal lah…..

Xpe sis. Jgn gugur. Kalau boleh bncg dgn pasangan. Bncg dgn family. Preparation kena buat dari segi kewangan n tggjwb.

Soalan popular

Artikel Berkaitan