Share pengalaman puasa /tak puasa jika tunggu hari semasa bulan Ramadhan

Saya dijangka bersalin semasa bulan Ramadan. Bermaksud saya akan bersalin bila-bila masa pada bulan tersebut. Ini adalah pengalaman baru bagi saya. Sebelum ini pengalaman saya berpuasa pada usia kandungan trimester kedua tetapi tidak ada pengalaman pada usia 8 bulan ke atas. Saya terfikir macam-macam yang berlaku contohnya bagaimana saya menghadapi jika saya masih berpuasa dan sudah mula keluar tanda bersalin? ada ibu2 yang boleh share pengalaman? #advicepls #bantusharing #pleasehelp #ingintahu

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

tahun lepas saya sempat berpuasa ketika nak masuk 8 bulan dan saya bersalin masa syawal. Alhamdulillah dapat puasa penuh tahun lepas sbb dah cuba berpuasa ganti sebelum tu. kalau macam awak yg hampir nak bersalin, bagi saya cuba je dulu berpuasa, kalau rasa sesuatu tak kena dgn baby, berbuka dan pergi check sbb dah bila bila masa je kan. tanda bersalin pun bukan najis jadi masih boleh berpuasa. sedangkan semasa masih menunggu contraction pun kita kena solat

Baca lagi
3y ago

Terima kasih. Sangat membantu saya.