2 Balas

TapFluencer

Saya bersalin pada Ramadan lepas (EDD pada Syawal) . Apa yang saya lakukan, 1. saya membaca pengalaman berpuasa bagi yg sarat hamil. 2. Tanya doktor adakah puan sesuai berpuasa. Saya tanya 2 (atau 3) orang doktor, kesemuanya sarankan saya tidak berpuasa sebab saya ada GDM dan sarat hamil masa Ramadan. Jika GDM, bacaan gula dlm darah tak boleh rendah dan tak boleh tinggi, ia beri kesan pada ibu dan juga kandungan. 3. Kita wajib berpuasa fardhu Ramadan, jadi niat puasa, sahur. Puasa. Jika rasa tak selesa, buka puasa dan ganti. Begitulah hari- hari seterusnya. 4. Saya puasa setakat 2 ke 4 jam sahaja , lepas tu saya buka puasa. Niat ganti puasa dan bayar fidyah. sbb saya akan rasa cramp mcm sengugut bila puasa dan saya mula nak rasa cemas, jadi, saya buka puasa takut kemudaratan diri dan kandungan. 5. Sekarang dah hampir 9 bulan bersalin, sedang berusaha ganti puasa. Alhamdulillah lagi 10 hari nak selesaikan puasa qadha. Doakan saya dpt sempurnakan qadha puasa fardhu Ramadan tahun lepas lillahi taala 🤲🌻

tahun lepas saya sempat berpuasa ketika nak masuk 8 bulan dan saya bersalin masa syawal. Alhamdulillah dapat puasa penuh tahun lepas sbb dah cuba berpuasa ganti sebelum tu. kalau macam awak yg hampir nak bersalin, bagi saya cuba je dulu berpuasa, kalau rasa sesuatu tak kena dgn baby, berbuka dan pergi check sbb dah bila bila masa je kan. tanda bersalin pun bukan najis jadi masih boleh berpuasa. sedangkan semasa masih menunggu contraction pun kita kena solat

Terima kasih. Sangat membantu saya.

Soalan popular

Artikel Berkaitan