Saya pun pilih untul no salt no sugar, berhajat nak kekal sehingga umur 2 tahun..
Tapi suami bising cakap nanti anak tak selera makan bla bla bla.. saya iyakan je lah sebab bukan dia yang masak pun 😪 tahu komplen je lebih..
Mil? Haha jangan cakap la..anak saya baru nak masuk 5 bulan dia dah calit air manis.. saya cakap janganla baby kecik lagi dengan nada yang sehabis lembut, dia menjawab alah buat rasa rasa je.. saya geram yang amat dah masa tu.. dia tu siapa? Beranakkan anak saya ke? Jaga saya masa pantang ke? Langsung takde jasa dia.. hantar saya ke hospital nak beranak pun pakai kereta saya.. konon nak rasa ada jasa la. Boleh la dia jaja kat orang dia jaga menantu dia. Padahal bukan jaga sangat pun. Hakikatnya suami saya boleh je drive. Masa tu saya dah sarat dan tak larat pun dia boleh heret saya jumpa sedara mara jauh dia lepastu jaja cerita saya merata.. saya dah cakap saya nak balik rehat kat rumah.. dia heret jugak pergi jumpa makcik mana tah 🥱 segala perbuatan dia tu semua menjengkelkan.. berani betul suap2 anak orang. Jadi apa-apa nak tolong jaga ke? Haram...
nenek suami saya lagi dahsyat.. masa tu anak saya nak masuk 3 bulan, bulan puasa masa tu.. berbuka puasa kat rumah nenek suami.. anak meraung sebab overtired dah dia nak tidur tapi tidur terganggu orang duk gomol dia.. nenek suami saya ingat baby kena kacau dek hantu, dia calit garam dalam mulut baby saya. Ya Allah.. saya boleh kata saya hilang respect kat family suami saya. Sebelum mengandung ok.. selepas beranak saya macam kena pijak-pijak mungkin sebab baik dan menurut sangat. So saya nekad lepas ni saya nak tegas gila2 punya. Lagi2 anak dah masuk 6 bulan saya nak make sure takde siapa suap dia makanan yang bukan-bukan. Penat saya buat bubur elok-elok, mai manusia dari mana tah nak suap yang bukan-bukan. Memang saya akan sound depan muka. Dia ingat saya ni tak garang kot. Nak harapkan suami sound memang tak la. Dia tu taat kepada ibu. Haha.
Baca lagi