7 Balas
Baby saya masa 4 bulan haritu, waktu malam kalau dia nangis atau overtired, memang lagi susah nak pujuk. Apa yang saya buat, saya bedung dia, pegang dia posisi nak tidurkan tu, tapi peganggan saya, saya kuatkan sikit & kemas. Saya dodoi guna shushing, tapi shushing saya sekuat tangisan dia. Haha. Lepas tu gerak dodoi saya pun kuat sikit ikut tangisan dia. Kuat tapi penuh dengan kasih sayang laa. Haha. Makin slow dia nangis makin saya slowkan gerakan dodoian and suara. Alhamdulillah, setiap kali buat pun menjadi. Saya belajar cara ni dari kelas bf expert. Kadang baby ni tak kena position dodoi pun diorang taknak tidur & nangis. Awak boleh cuba cara ni, mana tahu menjadi jugak dengan anak awak. Kat Tiktok pun ramai share cara nak dodoikan baby untuk tidur. Awak boleh cuba tengok, mungkin ada yang boleh bagi awak idea untuk pelbagaikan cara pujuk baby awak sebelum tidur. Semoga dipermudahkan!
Sama anak saya umur 4 bulan. Nap siang senang je tido tapi bila malam mengamok dulu baru tido. Setiap malam macam tu, nak kata overtired, saya dah jaga waktu tido dia. Entah lah, saya tiap malam pening nak fikir 😂
baby over tired kot .. perhatikan que awal baby nak tido .. contoh : kening kaler merah , garu telinga , garu mata , or dah gelisah .. saya asal kening merah je mmg dah prepare susu , sumbat dodoikan terus ..
anak sye pun skg mcm tu.. dlu2 snang je nk tdokn.. klu nangis pn x kuat n x lme.. skg nie klu msuk buai pn dkt stengah jam bru tdo..
over tired kot. sebelum bayi nangis nak tidur siap sedia untuk tidurkan dia
baby pun sama . sjak nk masuk 5 bln ni . klu boleh hari2 nk mengamuk
rasa nya baby awak overtired