7 Balas

assalamualaikum awak. firstly, sy tahu awak seorang ibu yg kuat. tipulah sape je x stress kalau kite rasakan kita x dpt bekalkan susu yg cukup utk anak. tp nasihat saya, pertama sekali kena ubah ada mindset awak. jgn rasakan susu x cukup. kena percaya dlm diri susu sentiasa ada dan sentiasa cukup utk baby. takpe, buat permulaan ni kalau awak nak campur susu fm campur je. tp dlm masa sama, teruskan juga directfeed baby awak ya sayang. makin banyak rangsangan dari hisapan mulut bayi, makin banyak susu akan keluar. cumanya lain org lain rezekinya. ada org hari pertama dah boleh keluar susu. ada org kene tunggu 2 minggu barulah susu nak ada sikit. ada org dah sebulan baru susunya memancut. so utk awak, teruskan je fm dan teruskan juga df baby awak ya. sampai masa nnti awak akan rasa dgn df sahaja baby awak dah dpt cukup susu, dah boleh slow2 stop fm. utk puting melecet, setiap kali ada waktu terluang, picit sikit nipple utk keluarkan susu dan sapukan sekeliling tmpt yg melecet tu ya sayang. inshaaAllah boleh hilang melecet tu dalam 3 4 hari. hari2 juga mandi dgn air suam ke panaa. masa mandi tu urut2 breast. boleh search kt ytube urutan meriahkan susu. itu cara yg saya buat utk banyakkan susu saya. saya pun czer dan saya pun mula2 mengalami situasi yg sama mcm awak. inshaaAllah sy percaya awak pum boleh 😍😍😍

Alhamdulillah. Terima kasih awak atas perkongsian tips❤️ saya usahakan df. Tp saya risau wktu dia hisap. Betul ke keluar bila dia hisap sbb ada baca kes dkt fb anaknye dehydarte sbb maknye igt ada susu bdn. Tp bila sy tekan sendiri puting. Mmg ada keluar ssu

TapFluencer

Hi mommy. Ya anak pertama akan mudah kena melecet lagi anak kerap menyusu. Masa baru bersalin pun saya sedih itu ini lagi anak kena kuning lama. Elakkan jadi terlalu stress ini akan menyebabkan lagi susu jadi drop. Mommy ada berurut tak lepas bersalin? Czer memang takkan berurut perut tapi bahagian breast dan kaki boleh berurut. Kalau saya tengok pengalaman kakak saya czer tukang urut tungku perut (selain tempat czer) dengan garam bukit. Dia kata lega la sikit. Tapi jangan terlalu tuam ganas sangat takut pula luka tu kan. Cuba pam guna cara marmet bila dah melecet memang sakit nak susu direct anak. Tuam breast dengan air panas gilir dengan air sejuk moga elak dari bengkak susu. Newborn memang pantang letak. Dia akan menangis. Nak berpeluk je. Moga diberi kesabaran ya. You are not alone mommy 😊

Alhamdulillah. Terima kasih sis. Lega saya baca byk komen2 positif bg semangat. InsyaAllah . Sy akan cuba elk kan stress n selalu bf. ❤️

TapFluencer

Anak sis baby boy ker ? Selalu newborn akan minum 5-6oz . Kena banyak standby susu untuk dia . Mcm saya mula bersalin pun mcm sis , susu tak keluar langsung . Esok tu saya call tukang urut alhamdulillah susu melimpah tak sempat nak pump . Kalau pump setiap 4 jam dpt 5 oz untuk 2 breast . Tapi terpaksa campur sebab kuning baby . Sis boleh minum horlicks , chocolate untuk milk booster . Mcm saya minum horlicks memang akan susu banyak , depends on badan jugak terima mcm mana . Jangan lupa sapu cream nipple ya sis kurangkan lecet . Banyakkan pesan pada baby jadi anak baik , tidur atau sebagainya . Anak akan dengar cakap ibunya . Semoga urusan dipermudahkan .

Semoga dipermudahkan . Sis boleh try horlicks atau any chocolate , nestum , susu utk meriahkan susu sis . InsyaaAllah ada , jangan stress banyak pikir positive dan benda yang happy tu salah satu untuk susu banyak . Hormon happy keluar effect badan ibu susu auto banyak .

Salam awak, awk mcm sy .. dah burn out dh hari2 nangis. Tp nurse2 yg dtg rumah selalu bg kata2 semangat. Kita ni ibu semua akan kuat kalau untuk anak. Takpa awk, bg je formula dulu. Bg kuning dia turun kena kerap menyusu. Tp kalau kita direct feed mcm sy buat, susu tu akan terhasil sendiri. Sakit mmg sgt sakit melecet. Tahan jugak sbb nk bg laluan susu tu ada. Lama2 susu jd lancar keluar tayah tekan2 pun. Sy suggest awk kerap urut breast ye dan bg baby hisap kalau time puting tak sakit. Hope everything went well 💕

Risau bg fm selalu, tkut doa nipple confuse 😭 sy pulak jenis puting leper, kena urut timbulkn dlu baru ada. Kdg bby dh tknk hisap dh hm

awak , jangan stress ,kalau stress akan effect juga nak keluarkan susu. awak always doa minta susu keluar byk okay. lagipun baru lagi kan, kadang2x drop . kalau ni try pump n sapu krim tuk hilangkam melecet tuh. fikir positif okay, inshaAllah awak boleh.

Alhamdulillah. Terima kasih awak. InsyaAllah kena selalu istiqomah bg positif . Kdg bby nk tknk je df sbb mgkin lmbt ssu nk keluar

baby sy pn jenis yg sejam sekali menyusu & ambik mase yg lama utk lepas..bila baca pengalaman org lain,,normal jer baby mcm tu..sebab susu ibu cepat digest,,tu yg baby jadi kerap menyusu.. moga ibu selalu positif & semangat utk tetap susukan baby😉

Terima kasih awak 🥰

Saya pun sama tp malas nak stress. Cuma kerap pump je susu. Lain backup je dgn susu formula.

Betul. Sy pon pam jgk sbb nk kurangkan sakit melecet

Soalan popular

Artikel Berkaitan