Saya ada kemusykilan. Saya baru lepas check up baby untuk cucuk 6 bulan. Lagi 4 hari baru bayi saya cukup 6 bulan. Normal ke kalau bayi masih tidak reti pusing meniarap sendiri untuk yang nak masuk 6 bulan. Kalau saya bantu dengan support kaki dia menyilang dengan sedikit mengiring baru dia boleh pusing tapi kalau dari melintang ke meniarap sendiri masih belum. Kalau saya baringkan dia, dia akan statik di situ sahaja. Leher dia dah kuat kalau dalam posisi duduk tapi dengan support. Cuma yang merunsingkan dia tiada pusing untuk meniarap. Saya dah bagitahu misi masa check up tapi misi tidak cakap apa-apa. Misi hanyak check bayi respon ke tidak. Dari segi respon, bayi respon. #firstmom