anak mmy lelaki ke perempuan? macam anak saya yg no 2. dulu masa umur 1 bulan pun doctor kata kena angin pasang. tapi kat pusat. saya pun terperanjat,sbb anak saya perempuan. tak sangka boleh kena angin pasang kat pusat dia. bengkak macam belon. risau saya dibuatnya. setiap hari selepas mandi,saya tuam pusat dan perut anak saya tu. setiap kali tuam kat pusat,mesti anak akan kentut. dia punya kentut tu kemain busok lahai. lain macam. sbb doctor ada bagi tau,sama ada itu angin/lendir. lepas tuam,saya layur daun sireh dan letakkan kat pusat anak dan terus saya pakaikan barut. masa tu mmg kena jaga jelah. doctor dah pesan,jangan biarkan anak menangis lama²,sbb bila menangis nanti dia meneran,takut pusat tu akan terkeluar lagi. bila anak menangis cepat² saya ambil bagi susu. dia macam tak nak menyusu,tapi saya bagi jugak..pujuk² dia. dan Alhamdulillah,masa kena jumpa doctor pakar, doctor sahkan yg angin pasang anak saya tu dah tak ada. dah sembuh. pusat anak pun dah tak bengkak,dah normal macam pusat org biasa.
xpernah tuam perut anak ke?
Anonymous