Prasekolah atau tadika kemas?
Salam, Sy nak minta pendapat.. Beberapa bukan lepas sy mohon prasekolah utk kemasukan 6 tahun, tahun 2025 tetapi tidak berjaya, Sy cuba buat rayuan tapi agak lama menunggu keputusan, Sy terus mohon tadika kemas(sesi pagi) pula sbb masa suntuk dan tempat terhad, Alhamdulillah diterima.. Tetapi sebulan lepas tu cikgu prasekolah call utk tawarkan Prasekolah utk anak(sesi petang).. Sekarang ni Sy jadi xtau nak pilihkan sk mana untuk anak. Persekitaran prasekolah bercampur dgn anak2 dewasa, Sy risau cara percakapan/bahasa dia nanti.. Plus sesi sk pada waktu tengahari.. siapa tau silibus prasekolah mcm mana? Ada belajar solat dan hafalan surah ke? Ada mak2 yg ada pengalaman? Pro n cos? #tadikakemas #prasekolah