Sy first mom. Dah bersalin secara normal hujung bulan 3, tahun ni (39minggu 3hari). Sebelum bersalin, sy macam sis juga tertanya tanya macam mana la rasa contraction tu 😅
Pengalaman sy, sejam sebelum subuh ada turun tanda iaitu darah. Pergi check hospital baru 1cm 😅 so balik la rumah semula. Masuk tengahari baru ada rasa sakit contraction. Betul la orang cakap rasa macam sakit sengugut tapi sakit yg boleh tahan. Sakit contraction tu datang dalam a few second or seminit je, kemudian hilang. Macam sy setiap 5 minit akan datang lagi rasa sakit tu.
Pukul 6petang sy pergi semula ke hospital, bukaan dah 4cm, kena admit ward. Rasa contraction masih sama macam tengahari.
Sekitar 10malam, doc check, bukaan masih sama. Tak sampai sejam, air ketuban pecah. Mula dari sini, rasa sakit contraction tu makin bertambah. Masuk bukaan ke 7 ke atas memang sakit yg teramat..bukan rasa sakit sengugut dah..huhu
Tapi kalu sis turun tanda air ketuban pecah, yg ni kena pergi hospital dengan segera sebab air ketuban dah tak ada, baby akan distress & baby kurang oksigen.
#sekadarberkongsipengalaman
#harapmembantu
Baca lagi