36 Balas

Maybe mak sis ada komitmen lain yg dia tak sempat. Kudrat orang tua ni dah tak sama mcm dulu. Sy since keluar hspital pantang mcm tak pantang dgn check kuning hari2. Hari ke 17 saya msk sendiri. Yg simple. Sy dah kata nak pantang sendiri, nak jugak mil dtg. Dtg pun tgk bdk2 jela. Yg lain semua sy buat sendiri. Mana larat sy buat, tak larat sy tinggal. Tp serius la pantang dgn ada org tua buat lg stress. Stress sbb tak membantu pun kalau ada. Baik upah CL. Kalau mampu kan. Tambh Dgn org dtg umah lg. Hari2 menghitung ya bila nk hbs bulan ni.

Sis takde cakap kat mak sis ke yg sis dah boring makan yg sama je. So sis pun x stress tak sakit hati . Dlm pantang ni emosi mmg x stable. Mybe mak sis fikir ni je makanan yg bagus for berpantang. Mcm saya dulu masa sndiri je .. boleh lah dlm seminggu lauk sama pastu minggu depan tukar lauk. Mak saya kadang nk masakkan pun saya x bagi sbb saya tak suka org masak x kena dngn tekak saya. Plus tu lauk pantang kan. Paling best makan sup sayur dngn ayam grill buat sndiri je. Takpun sis byr je pakej masakkan pantang.

Sy hari ni pantang hari ke 8. Situasi kita lebih kurg sis. Cuma bezanya sy takde masalah lauk apa mk sy masak. Cuma sy rasa serba salah dgn mak sbb buatkan semua utk sy. Sy firstmom tak reti sgt. Mandikan bby pun mak. Bila husband dah hbis cuti, sy rasa down sgt2. Rasa sunyi, helpless. Menangis tanpa sedar. Sikit2 menangis. Tapi sy cuba hiburkan diri. Video call dgn adik beradik. Jgn layan perasaan sgt. Hari ni sy rasa lebih bersemangat. Takde nangis dah. Sis boleh tuu. Sy faham sbb kita first mom kan

sy dh berpantang dgn mil 2 kali. mil sy xde laa strict sgt bab makan nie. kalau benda tajam dan gatal² memang dia xbgi sy mkn. bersyukur ada juga yg nk jaga sy dlm pantang. tapi sy betul² teringin nk rasa berpantang dgn mama sy. harap kali nie dpt laa peluang berpantang mama sy pula yg jaga. tapi kalau takde rezeki, sy pantang sendiri je laa. apa² pun jgn stress tau sis. enjoy je. sis boleh je order makanan yg sis nk makan tapi make sure makanan tu okey untuk sis.

Untung ada mak masakkan. Kalau boleh atau mampu ambil package lauk pantang. Mak tu dah tua. Kadang dia pon penat atau takda idea nk masak apa. Kalau x mampu. Elok belajar bersyukur dengan apa yang ada. Bila dah decide nak kahwin atau nak ada anak. Elok lah buat perancangan tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Kalau suami pjj siapkan awal2 lauk beku ke simpan duit ke semua tanpa menyusahkan mak ayah yang dah tua. Maaf. Takda niat menyakiti hanya menasihati.

Saya pun mcm sis. Boleh down mkn lauk yg sama. Mak saya masak sayur dan ikn je goreng.. bayangkn saya boleh turun berat mendadak sbb x lalu mkn. Last saya baca statement dr emelda. Saya order je kat grab semua mkn yg saya mkn sblm mengandung.. x ada pantang sgt Cuma saya x over mkn pedas dan mkn2 yg x sesuai utk menyusukn baby. Alhamdulillah saya happy dan susu pun byk. Klu dulu masa mkn lauk yg sama susu saya pun sedih nk keluar 🤣

paham keadaan awak. biasa pantang org dulu2 mmg straight sedikit. kalau agak susah awak curi2 mkn dlm bilik. kesian awak stress🥺

sy rasa mak awak masak sup ayam, tujuan supaya susu awk membanyak, org tua² ckp mkn sup² ni akan membanyakkan susu badan kita, tp klu awk muak boleh je bagitau ibu awk bagi dia idea nak masak ape esok nak ni nak tu, klu sy dulu mertua asik masakkan bubur tujuan dia pula supaya sy tak sembelit😂 bubur je takde pape eh hahaha tp alhamdulillah syukurlah sbb ada org jaga kita, awk jgn stress² tauuuuu jaga diri..awk buat injoy je yee💪

Betul cakap sesetengah ibu disini. Masa saya pantang anak syurga saya dulu pun saya berpantang di rumah mak sendiri tapi saya ambik pakej order food berpantang selama 14 hari. Dorang siap masak and hantar terus ke rumah. Lauk ada 2, utk lunch & dinner. Saya memang takkan susahkan mak utk masak. Try sis guna service delivery food tu. Lebih mudah. Menu pun sis tahu.

Kalau awk tak suka, awk order lah makanan yg awk suka. ataupun amik servis makanan berpantang ada yg hantar ke rumah boleh pilih menu yg awk suka. tapi bestt lah dapat berpantang dkt rumah family sendiri, sya ni first time lepastu berpantang sendiri, masak smua sendiri. Nak hrapkan husband dia boleh tlg sikit2 je. org suruh ddk rehat, tapi sya dh kena buat kerja.

bersyukur masih ada orang lain tolong masakkan. kalau rasa tak berbaloi bagi duit belanja makan di bagi, order foodpanda. kalau sis larat, try masak sendiri. orang lain di uji, makan kena catu taw. ada orang makan nasi dengan sayur je. makan ayam pun sekali sekala. buah memang jarang dapat makan. pa pun, selamat berpantang sis. jangan stress2 ok.

Tolong brsyukur banyak2 sis, sekurangnya sis dapat juga merasa air tangan ibu 😭 mak mertua jaga sekejap 3 hari , masak kan makanan pantang bilis sangai dgn bawang goreng & telur mata pun sy rasa dah sedap sangat sis 😭😭 balik rumah sendiri sy upah cl , pantang jaga siap masak sekali. Jangan stress , enjoy je sis . Ikutkan stress sy takde sape2 pun datang melawat belah keluarga sy sendiri lepas sy bersalin ritu. Dah habis pantang nt sis mkn la nk mkn apa pun , just jaga je pemakanan elak mkn pedas2 sbb sis menyusu badan. Moga di permudahkan urusan

Soalan popular

Artikel Berkaitan