36 Balas
Klau sis rasa gagah dah n boleh urus baby sniri, y not berpantang kat umah sniri? Hired CL utk stay in atau balik hari pun boleh .. saya pun nanti plan nak pantang sekejap je kat umah parents, nak belajar cara urus baby n bila dah rasa strong , plan nak balik pantang d umah sbb bagi saya lagi selesa d umah sniri🤭 husband pun boleh merasa urus anak kecik yg merah lagi, sama sama merasa org kata Bila sis makan sikit, takut mak sis pun terasa hati tp dia pun dah tua, x larat n xdak idea sgt Haritu, mak saudara saya jaga anak dia pantang, dia pernah ckp yg jaga orang pantang ni lagi memenatkan n kita pun paham la, faktor usia lagi nak pikir menu lagi nak uruskan life sniri lagi , klau ad menu yg kita sediakan pun , kena masak 2 3 kali gak dlm sehari , utk org pantang n family lain N for sure mesti sis pun rasa serba salah nak ungkit or kompelin kat dia , dah bagi duit rm 500 pun lauk sama je tiap tiap hari sbb tu mak sniri , nak tnya psal buah2 or napa x masak sayur n everything la Klau ad CL , boleh dia je masakkan apa yg sis nak n kita pun rasa berbaloi dgn bayaran Tp klau x mampu nak hired CL , dah gagah nanti, sis boleh mitak bantuan suami utk sama sama masak hari hari d umah msa pantang
wassalam. sis sekarang kita tak perlu keluar rumah pun boleh shopping. jadi sis shopping je sendiri kalau nak buah ke sayur ke. banyak kedai yg jual barang fresh buat delivery guna lalamove etc. ataupun bila mak nak gi grocery shopping, sis buat list sesiap sayur apa buah apa sis nak. jangan letak beban memikirkan awak nak makan apa tu atas dia. kalau sis tak larat nak masak, cari sayur2 yg boleh makan raw. lauk2 tambahan pun sekarang banyak yg boleh ready-made. bawang crispy lah serunding crispy lah peria crispy lah. beli banyak jenis, tukar2 tiap hari supaya tak jemu. next time sebelum bersalin boleh prep siap2 lauk yg awak nak makan, frozenkan. bila nak makan masuk air fryer etc je, tak perlu bergantung pada mak. maybe mak awak tak reti masak salmon, sebab tu tak masakkan. bread butter kaya toast pun rasanya tak susah untuk nak buat sendiri, walaupun dalam pantang. dah kira untung mak awak nak masakkan sup ayam hari2 semata untuk awak, saya dulu pantang dengan mak juga, sehari dua je mak masakkan lauk pantang, ikan singgang. lepas tu saya kata kat mak, takpe masak je macam biasa saya makan je lauk sama macam orang lain. ramai ibu2 yg lain berpantang sendiri, semua kena buat sendiri.
Skrg ada banyak je org buat package pantang tu. Yang makanan 40 hari. Mybe mak awak pun takde idea nak masak ape. Atau dia sendiri pun penat. Actually mak masak utk kita pun dah bersyukur sis. Bygkan org lain yg berpantang sendiri. I faham ni first baby you. Husband pjj, lgi la you cepat emosi. Mungkin mak you pun takde idea nak masak apa atau taktau nak masak salmon tu mcmana. Awak sepatutnya dah ready dengan resipi pantang 40 hari tu bagi siap2 and tanaya mak, mak boleh ke masak ikut resipi ni. Kalau tak, ambil package berpantang. Senang org tu masak lauk2 pantang, deliver kat rumah. Awak tinggal nak panaskan je.
btul.. mcm sya ni.. mertua dgn mak dua2 dah xda.. sedih sebak smua ad.. kdg2 cmburu org yg ad tlg msk kan.. tapi alhamdulilah husbn sya terbaik sngt.. dia buat sya xrasa kosong tu..😭
Maaf. Bukan niat nak menyakiti. Tp actually bersyukur tau dapat berpantang kat rumah family sendiri. Benda kecik je sebenarnya, mungkin sbb hormon so teremosi pulak. Ada org lagi susah, jangan kan salmon, ayam sayur pun tak dapat makan. Ada org berpantang sendiri even though first baby sbb takde family. Untung tau awak sebenarnya. Huhu..bukan niat nak sakit kan hati. Cuma nak bagitau awak beruntung sebenarnya. Maybe hormon so teremosi. Maybe buat menu siap2 kat mak, minta tolong dia masakkan. Even my mak pun tak reti nak grill salmon. Org tua2 tak biasa masak benda gitu. Org tua2 pantang menu sup, kuah je. Buah pun jarang2 lah org tua buat menu pantang.
Betul tu sis. Lagipun org tua kan. Org tua tak pandai menu zaman sekarang. Org tua2 punya menu pantang biasa sup, kuah. Kalau dpt org tua yg masak menu zaman sekarang, memang wow sangat dah 😂
jgn stress okay. senang je dear. awak order food panda. mknn yg awak nak mkn. selagi awak xde alergik dgn mknn. awak boleh je nk mkn. kalau ada kenderaan dkt rumah boleh je keluar g beli. sy duduk dgn mak. mak sy mmg dh berusia. dlm 60lebih. dan sy pon pjj dgn husband dr masa anak 1st lg. jadi masa sy dlm pantang 2nd baby haritu sy ambik package masakan berpantang. org masak dn hntr dkt rumah. buah ke apa mmg org tu siap bg dh. husband yg decide ckp xkn nk harap mak masak. dia soh sy cari masa before nk bersalin. kalau masa 1st baby dulu mak masak. kdg adik sy tlg msk kn. hee. kalau x, dorang beli dkt luar je. sy mkn😁
Ada org bersyukur even hri2 mkn benda Sama mak masak.. Ada org maknya langsung xnk Jaga anaknya dlm pantang.. Ada org stress hadap mak yg xpeduli pun.. atau btul2 ikut tradisi org lama. hri2 msak kering takde berkuah.. buah air pun langsung xbg anaknya minum/mkn. ditambah dgn mak kuat sindir tak peduli prasaan anak.. sebaiknya sis Oder online. atau apa2 servis yg untuk mknn ibu berpantang selama sminggu ke.. 2 minggu ke.. dlm masa yg Sama biar mak takat tolong handle bby.. kurang sikit penat mak Tu.. sy pun suami bagi mak duit untuk tlg tengokkan sy/beli barang bsah lauk berpantang smua pun,bnyak yg sy buat sendiri smua.. Sbb xnk susahkan mak..
Stuju! Mesti si mak rasa sedih kalau tau anak mengeluh dgn usaha dia
saya pantang sendiri, kami suami isteri takde mak. harapkan akak kejap kejap dtg tengok keadaan saya. nak ckp akak masakkan untuk saya hanya sekali dua je sebab saya pun paham dia nak uruskan anak nya 3 orang. saya masak sendiri. yg senang senang. mcm ayam grill, salmon grill. saya pun kadang muak juga. tapi yelaa nak upah orang berpantang belom mampu lagi. suami saya pulak tak boleh cuti lama dan boleh katakan tkde cuti. mmg la kami tak pjj tapi husband selalu pergi kerja 7pgi balik kadang paling lewat 9malam. kadang husband beli luar je malam tu.. sis cuba la order foodpanda ke. makan je apa yang sis nak tkde pantang larang pun. 🥰
beruntung sis ada mak lg saya mak dah tak ada dua dua anak pantang sendiri czer plak tu hri ke 7 dh start masak sendiri dah husband kerja plus kena jaga anak yg sulung bru umur 3 tahun tgah lasak. emosi jgn ckp laa tpi sya kuatkan diri jugak hari2 saya makan bnda yg sama sbb sya larat masak 1 kali ja sbb czer kali ke 2 lg sakit dri kali pertama. duit pun tak ada harap makan ikan talang kering sayur buah tak makan tak ada duit lebih nk beli buah tpi syukur masih ada makanan. susu pun banyak sbb saya pikir positif tanak stress2 sisi untung tau ada mak lg. bukan nk kecam sis tpi saya cerita pengalaman saya saja..
sy sbulan makan mak masak bubur air je menu petang, pg pulak sllu masak sup sawi ng ikan goreng dan sup ayam.. kdg dia tk smpat masak akak sy tlong masak hari ii.. entah tkde jemu tkde bosan pon.. tp brsyukur ibu n kakak sllu masak utk kite.. kalau kite brsyukurr apa yg mak kite masak lg la kite enjoy tau.. kt palestin tu sndiri sis nak makan apa pon kena tahan lapar.. tu x kira lg dorg duk makan roti je.. kite kt sini kalau jemu boleh beli makanan dr online tp kt sana makan je apa yg ad.. mf sis ye sy nasihat je. kalau sis jemu sis order lah kt kedai makan.. ad je makanan masa pantang boleh kite mkan
sis, sis bt xthu je ng mak sis kalau dia kata itu ini.. sy pon bnyk kali order makanan cod bila mak nmpk bebel itu ini sy bt xthu jer.. yerla masa pantang kite nak enjoy ii bkn makan benda brbisa atau gatal pon... kalau sis stress pasal mak sis lepasni sis pantang sorg ii.. kalau sis mmpu dr segi duit upahla cl 🤗 ataupon kalau suami sis rjin suh dia masak utk kite.. mak ii kan dia tkboleh tgok anak dia makan ssuka hati.. mcm mil sy asyik pandang ii je sy time sy curik mnum air sejuk.. sy pantang umah mil lg stress sis smpai naik bp sy tiap kali cek di kk.. huhu...
Kalau dikurniakan rezeki lebih, masih sempat untuk ambil CL. Kita pun tak stress nak makan. Anak CL boleh tolong2 jugak tengokkan mandikan. Mental health tu sangat penting, lagi2 tengah pantang. Saya belum merasai pengalaman ni, tapi selalu baca posting ibu2 dgn pengalaman masing2. Pendapat saya la, invest duit utk hired CL berbaloi. Saya pun ada cita2 nak hire CL bila berpantang. Tapi tengok ekonomi saya, mungkin mampu senyum sahaja. Tapi takpe setiap orang kan lain jalan ceritanya, rezeki pun ada je mana2. Saya doakan urusan sis dimudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik2. Virtual hug🥰
Anonymous