Share pengalaman miscarriage

Salam semuanya. Maaf topik agak negatif. Saya hamil 8w. Tapi mengalami bleeding hampir seminggu. Bermula dengan spotting coklat dan kemudian darah merah period. Dah pergi jumpa doktor dan doktor pun 50-50. Mungkin missed miscarriage. Sebab bila scan hanya nampak kantung saja tapi pintu rahim masih tutup. Doktor akan follow up lagi 2minggu. Tapi semakin hari bleeding saya semakin banyak dan harini saya mula rasa cramp dekat perut. Simptom pregnant saya juga semakin berkurang. Boleh tak share pengalaman gugur korang? Macam mana darah gugur? Saya tak pasti bleeding tu darah gugur ke apa. Darah ketul2 kecil seakan period. Saya dan suami dah berlapang dada dah seandainya ini bukan rezeki kami. Mungkin ada hikmahnya. Dan sekiranya gugur, macam mana cara penjagaan untuk mengelakkan hal sama berulang? Saya dahulu kan dengan ucapan terima kasih seandainya ada yang sudi berkongsi pengalaman. Semoga ada rezeki indah selepas ini ❤️ #firstmom #firstbaby #ttc1year

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

tahun lepas sy gugur masa 7w. tapi start bleeding sikit2 masa 5w lebih. mula2 keluar darah sikit2 mcm awal period, scan klinik, baby okay ja. dr bg duphaston utk 1w, darah berhenti dan kena bedrest. lepas habis ubat, darah keluar lagi dan makin byk. sepanjang darah keluar byk tu, ada 2x keluar ketulan mcm darah period tu wrna merah pekat. check dr balik, rahim dah semakin nipis dan tunggu sampai ketulan keluar ja. selang 1 hari mcm tu 4 ptg, sy rasa sakit mcm senggugut tapi lagi teruk, nak jln x best, baring sakit, mengiring sakit,lenguh dari bahagian rahim tu sampai kaki. pukul 10pm, nak masuk toilet tiba2 rasa mcm ada ketulan keluar. check dr mmg betul dah keluar. dan tak perlu cuci sebab masih awal lagi. dr kata mungkin baby tak normal dan sebenarnya itu bukan rezeki kami lagi. Kami terima. start dari hari tu, saya berpantang mcm org pantang dlm 2w, berurut utk 3 hari sebab dekat rahim ni rasa sakit. lepas urut,lega terus. Alhamdulillah ditakdirkan pregnant sekali lg ramadhan ni. cuma berharap dan terus berdoa semoga baby kuat dan dimudahkan segala urusan. Jangan berhenti berdoa bg yg ttc dan bakal ibu semua. Allah pasti beri sesuatu ikut apa yg kita perlu, dan kita takkan diuji lebih dari apa yg kita mampu. moga terus kuat semua 🤲💪❤️

Baca lagi
1y ago

InsyaAllah sis tq 🤲❤️

Saya pernah 2 kali miscarriage. First time Dlm minggu ke -6 dah scan ada heartbeat normal selepas beberapa hari ada dark brown spotting sekali je. So sy ingat normal je sebab anak pertama pernah ada spotting. Minggu ke 8 scan baby size minggu ke 6 dan no hearbeat . Selepas transvaginal scan mula keluar lagi byk dark brown discharge doctor suruh tunggu supaya dia clear sendiri. Dlm 2 minggu sy dpt bleeding yg heavy dan semua cleared. Kedua pula , sy dpt spotting pinkish ingatkan period , check kat specialist baru 4 minggu transvaginal scan pun tak nampak doctor pun kata tunggu nak period sbb uterine is thick dia bagi ubat flucomazole sbb i ada masalah white discharge masa tu. The next day hati tak sedap buat pregnancy test positive 😫. I dah termakan ubat tu pula. Sy check dengan specialist tu sekali lagi dia scan lagi ,nampak kantung. Dia suruh sy datang balik selepas seminggu tapi tak sempat more bleeding setiap hari sekali sy nampak ketulan darah . Sy pergi scan di clinic lain pula malam2 . No kantung all kosong. Miscarried at week 6. Kedua-dua miscarriage exp , sy rasa symtomps semakin berkurang dan terus hilang then sakin mcm nak period seluruh bahagian perut pinggang semua sakit

Baca lagi

gugur awal trimester ni sbb masalah dkt janin sendiri. bukan nya masalah dri awk. ye betul bila gugur rahim kita kena rest dulu atleast 3m utk carry new baby. tapi punca gugur awal trim nii mslh dkt ovum atau sperm yg abnormality. sye masa gugur 2time, doctor sendiri ckp, janin awk ni x sempurna sbb tu gugur. kalau boleh survive pon akan jadi cacat seumur hidup. sbb sye jenis rajin bertanya knpe boleh gugur. sye dulu gugur 2nd time spotting 2w. pg klinik doctor kata xde mslh, doctor bgi je ubt duphaston. tpi keep on spotting. then 1day tu keluar fresh blood. ajak husband pg emergency. scan x jumpa janin. sbb sblm tu dh scan nmpk janin. masa tu darah mmg non stop, 10minit penuh 1pad. sampai bocor2. and rasa contraction. contraction ni setiap org rasa lain2. but bila u yakin, ok this is contraction mkna nya contraction lah tu. doc refer pakar, masa tu janin dh tunggu nk jatuh je. doctor tarik keluar kan. and nampak lah janin masa tu. twinnie. lps tu x sakit dh. masa 1st gugur, kantung jatuh sendiri 5w. mcm ada isi ikan dkt dlm tu. putih2 dlm ketulan darah.

Baca lagi
1y ago

bagi saya mcm gastric je. kejap dtg kejap hilang. tapi kerap. ade org kata mcm sengugut. so setiap org x sama rasa dia. sbb tu sye ckp, bila u yakin yg sakit tu contraction, then thats it.

Pengalaman sy keguguran thn lepas. Sejak dr 5mggu mengandung lg sy mengalami spotting on and off. Sy scan dh nmpak baby dan jantung. Dr swasta prescribed sy dgn duphaston darah spotting dh berhenti. Tp qadarullah, belum rezeki kami, sy miss miscarriage masa usia kandungan cecah 9w, baby sy dh takde dlm kantung, maybe bleeding tu yg buat baby lama2 disappear yelah baby berapa minggu kan masih gumpalan darah. Yes simptom kehamilan sy pun hilang tiba2 . And yes, masa buka buku pink baby sy tkde, kantung besar Tp janin kosong dah. Dr suruh dtg scan balik 10w ttp tkde buat tvs pun sama takde. Lepas seminggu, sy turun darah ketul, sy keguguran Tp incomplete miscarriage. 12w sy d&c . Alhamdulillah bln 3 ni Allah bg sy lagi rezeki mengandung semula. Semoga kalini baby sy sihat membesar dan selamat sehingga dilahirkan. Kandungan kalini Alhamdulillh tiada sebarang spotting

Baca lagi

pengalaman saya gugur tahun lepas, gatal kat pusat. gatal sangat2, sy ingatkan normal jela sy garu je macam biasa sampai berdarah pusat sy. sy tak bagitahu doktor pun yg saya gatal pusat tu (terlupa sebab ingat biasa je gatal tu). petang tu saya nak buang air kecil, ada darah. saya pakai pad, 10 minit macam tu rasa banyak darah gi tandas buka pad anak syurga meluncur keluar. terketar ketar tangan saya masa tu. saya snap gambar sebagai bukti dan refer hospital, doktor tgk gambar tu dan kata dah kosong clean. sekarang tengah preggy kandungan ke 3, 8w. jaga diri baik2 ye tt. make sure rehat sekurangnya 2 minggu macam orang pantang kalau miscarriage normal. makan pun kena jaga.

Baca lagi
1y ago

Ada rasa sakit ke masa baby keluar tu?

saya baru je gugur 7w mggu lepas...mula2 sakit perut dan cramp..igt biasa...g kencing,ada darah sikit..masih positif..mgkin sbb penat..tp suami trus bw ke klinik...doc scan, bgtau 50.50..dan minta sy dtg lg 2mggu dan total bedrest.. esoknya lepas subuh darah makin byk dan pastu keluar ketul2 darah beku.. terus g emergency pagi tu..doc cek bawah,baby kat laluan dh..keluarlah anak syurga sy..dan btul simptom mgandung sy mmg hilang sblm kluar darah lg...padahal awal2 tu mual juga...mudah2an lpas ni ada lg rzeki kami...awak doa byk2 manatau boleh survive lg baby..insyaAllah

Baca lagi
1y ago

ni salah 1 nya..mula2 tu kcil dari ni lg

Post reply image

Kalau macam ni, kantung ke? Dia bukan segumpal. Ketul kecik2. Perlu pergi emergency tak? Takut sampai emergency, dia suruh balik rumah dulu. Sebab Dr pesan haritu kalau keluar darah banyak, datang balik hospital check

Post reply image
VIP Member

Sy keluar mcmni lepastu darah seketul. Baru isi ikan. Masa nak keluar darah ketul dgn janin mmg contraction mcm nk mati. Keluar je terus lega

Post reply image