BUKA BUKU PINK
Salam nak tanya..buku pink boleh buka dekat mana2 klinik swasta ke? Saya bercadang bersalin di hospital swasta KL , tapi sekarang tinggal di Johor. Boleh ke buka buku pink di Johor dan check up disini dan nanti register hospital di Kl? #1st_pregnacy
kalau register kat mana2 klinik kesihatan kerajaan sahaja, akan dapat buku pink. klinik swasta xde register buku pink. kalau register kat johor, dapat laa buat rawatan kat sana. tapi kalau pindah ke kl, nanti boleh pegi kat mana2 klinik kesihatan yg dekat dengan alamat kat kl tu. continue check up kat situ lah pula. sebab tu la bila dah dekat due, make sure buku pink sentiasa ada bersama. ianya adalah rekod rawatan sepanjang mengandung. bila sakit, perlu ke hospital .. bawa sekali buku pink tu untuk dirujuk oleh doktor. register mengandung kat hospital swasta tak dapat buku pink ya. rekod perubatan akan terus diupdate ke sistem. dan fail pesakit ada dalam bilik doktor yg kita rujuk tu. so kalau nak bersalin just pergi ke kat hospital swasta yg kita selalu check up tu, rujuk doktor kita dan bersalin dengan dia. in case kalau doktor cuti.. akan ada doktor lain yg ganti. kalau register buku pink kat klinik kesihatan, dan dapatkan rawatan kat klinik kesihatan kemudian bertukar fikiran untuk bersalin di hospital swasta, boleh je. asalkan kena dapatkan check up rawatan di hospital swasta yg sama. kalau tak silap.. atleast 3x check up rasanya. saya dah lupa dah. tapi, boleh je call dan tanya hospital swasta yg anda suka. lebih tepat info yg anda dapat. jangan lupa bawa sekali buku pink tadi untuk dilihat oleh doktor. masa call tu, boleh tanya sekali kos bersalin, deposit etc. hospital berbeza, kos dia pun berbeza.
Baca lagi