Driving long distance seorang diri
Salam, nak tanya ada tak mummy dekat sini pernah driving long distance seorang diri. Nak tanya tips utk jaga kandungan dan diri. Sy pregnant 22 weeks, husband tak ada di sisi. Sy kena balik kampung ada kenduri.
sy kadang tiap minggu ulang alik drive dari KL-pantai Timur-KL. Awk kena pastikan seat selesa, bawa bantal, cover utk elak sejuk, snacking or apa² je utk buat pemanduan kita selesa. Pakai juga pakaian yg selesa terutamanya utk bahagian kaki. Bawa mmg perlu slow atau ikut had laju, tak boleh rushing sbb sy kalau tekan minyak bila dah tak tekan tu tetiba rasa mcm darah sendiri pun jadi laju 😅Kita kena elakkan lubang, bonggol or break mengejuk (jika dpt elakkan). Since awak pun dah masuk 22w, make sure kaki awak belum membengkak(edema) sbb bila dah kena edema & driving long distance boleh terukkan lagi keadaan & sakit. Mcm sy sendiri lepas hampir sebulan ulang alik, akhirnya kena edema juga & skrg susah nak bergerak lama. Kerapkan juga rehat masa driving, kalau kaki dah mula rasa pegal² lenguh tu, take time utk rehat ya. Bila dah sampai lokasi tu, sy suggest utk awak terus kurangkan pergerakan/bed rest jika boleh. Pengalaman sy, bila dah masuk 20w keatas bila kita drive atau even kita jadi passenger dlm perjalanan yg jauh, kaki kita mmg akan cepat lenguh & sakit.
Baca lagihmm sis kene bawak slow ye.. sbb sy pernh gugur sis.. slalu gerak sana sini .. tak ingt diri pregnant😅.. tips nye bawak perlahan je la ye.. jumpa jaln berlubang ke awal² bawak perlahan.. kalau jalan bagus.. kira okay la.. bukak surah.. mintak dipermudahkan perjalanan ye😊😊
Terima kasih kongsi tips 😊
My daughter is blooming beautifully