Ruam merah merah bayi 3 minggu

Salam mummies. Anak saya baru 3 minggu. Banyak sangat ruam merah merah naik kat muka dengan badan anak. Ada cream ke atau losen untuk ruam baby? Atau patut saya biarkan je? #firstmom #bantusharing #firstbaby

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Ruam panas tu awak. Anak awak pakai losyen apa sekarang? Boleh je continue lotion yang ada. Sapu kat badan je. Jangan letak apa2 kat muka. Akan hilang dengan sendiri. Pada masa yang sama, pastikan suhu persekitaran baby tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk. Pakaikan baju yang nipis. Tak pakai barut pun takpe. Kesian baby berpeluh. Melainkan rumah awak on aircond, boleh pakai barut dan bedung baby. Elakkan baby daripada berpeluh.

Baca lagi

Anak sy baru lahir ruam lampin merah2 biji2 …macam2 sy beli ubat semua tk jadi last2 sy try losyen snowhite strawberry beli dekat tiktok meknuraini,alhamdulillah sehari ja merah2 tu hilang ..dalam 3 hari dah tk dk ruam …kalau beli dekat tiktok lain tk pasti fake ke tk ..beli dekat meknuraini trusted seller👍🏻

Baca lagi
1y ago

Saya pun pakai losyen snowhite strawberry tu. Alhamdulillah kalau dah start nak naik ruam ataupun biji2 kecil merah dekat muka auto hilang. Garis merah bawah pelipat pelipat leher, lengan pun hilang. Boleh la cuba. Mana tahu serasi. Dan jaga juga suhu persekitaran. Kalau panas pun boleh naik ruam.

Sy bancuh bedak anakku dgn air sikit supaya dia jd mcm bedak sejuk.. then sapu nipis2 je kat tmpt ruam tu.. Alhamdulillah sehari ja dh nmpk kesan.. guna bedak pureen lebih bgus kaka sy bgtau..

anak sy pon sama. mula2 bintik sikit saje, skrg mkin bnyk.. ksian tgok. sy ada bli losyen pureen utk hilangkn ruam. bru nk cuba

sy guna calamine lotion. alhamdulillah baby serasi.. dlm 2 3hri dh hlg ruam,kulit jd putih brsih blik

Saya pakai sebamed baby cream.. boleh cuba dlu