Bagitau mengandung

Salam mommies, nak tnya kalau kita pregnant kena bgtau boss ke? Saya baru tukar kerja dalam 3 bulan and skrg pregnant 9minggu. So far kerja office duduk je cuma tu la perlu ke maklumkan atau just biar je boss tau sendiri 😅#firstmom #pleasehelp

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kalau sis punya alahan teruk better bagitau so that dia faham, sebab kadang boleh ganggu kerja. Sy masuk 9w juga, kerja dalam office duduk so alahan tak nampak sangat. Cuma bila kawan ajak keluar makan sy tolak sebab tak boleh bau kedai makan/makanan, tapi sy bagi alasan dah kenyang lah. Sy plan nak bagitau bila masuk 2nd trimester nanti. Buat masa sekarang sy nak ke klinik apa semua sy bagitau ja pegi klinik. Bos sy jenis yg tak byk tnya, dia mmg pesan kalau ada urusan luar boleh ja keluar, yg penting kerja ofice selesai.

Baca lagi

Sy inform je bos. Dh krja almost 11 months sbgai admin dgn drng. Drng lagi memahami walaupun bos sy cina, siap suruh balik awal klau xde kerja. Bos slalu tnya checkup bila semua2 tu. Nak prgi klinik nk scan pun bos x kisah 😂😂

VIP Member

kalau tak ganggu kerja takpe kot tak bgtau.. tp kalau Rasa mcm tak selesa yg mungkin ganggu prestasi kerja,better inform bos..so that dia maklum Dan faham condition sis Tu mcm mana..

Saya bagitahu boss. Punyalah dia seronok. Dia sendiri check bila due date saya. Dia nasihat macam2. Everyday dia tanya saya, u ok? baby ok tak? Hahaha

sy bagitau je walaupun kerja office. sekurang2nya diorg faham bila sy rajin ke toilet. bila sy letak kepala rehat sekejap2

mmg kena bgtau. at least 3 bln sblm lahir bb... so better bgtau bila 2 ND trimester nnti.

kalau awak tak okay or kena buat apa2x kerja yg berat ke apa,better bagitau la.