Suami marah saya tinggal anak kat dia untuk pergi ziarah mak saudara meninggal

Salam. Maaf sbb sy taktau nak luah kat mana. Mak saudara sy yg sy rapat meninggal jumaat lalu. Kebetulan anak sy umur setahun tengah kebah demam. Awalnya sy memang tak nak pergi, sbb nak jaga anak sy, tp fikirkan sewaktu mak cik sy masih boleh bercakap, kira2 sejak tahun lepas, sy tak pernah pergi jumpa dia sbb sy busy kerja dan jaga anak. Pak cik sy cakap arwah asyik sebut sy semasa dia sakit, jadi sy sebak sangat. Mak sy minta sy pegi. Sy minta izin suami, dia bagi tapi berat. Sy pegi 2 jam tengok mak cik sy buat kali terakhir sbelum dikebumi. Balik suami masam muka & taknak bercakap dgn sy. Dia marah sy sbb semasa sy takde tu anak sy menangis kuat. Susah juga ye jadi mak ni, serba tak kena. #nakluahsaja

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Jadi begini bila suami tak faham istilah perkahwinan sebenar. Kebanyakan lelaki fikir bila kawen ada isteri dorang boleh duduk saja ada isteri buat semua kerja rumah jaga anak bagai. Sedangkan dalam perkahwinan kita kena buat apa2 semua bersama sama… itu baru betul kawen sebab nak hidup sama2 susah senang sama2… Nak tukar mindset susah sebab dah terlebih matang… Banyak doa untuka Allah lembutkan hati suami sis insyaAllah…

Baca lagi
7mo ago

Tkasih puan

bukan susah jadi mak tapi susah dapat suami tak memahami. tu je. oo semua benda mak kena buat, semua benda mak buat salah. apa function suami tu? jaga anak sekejap pun tak reti. habis yang jadi mak ni daripada lahir RETI lah nak uruskan baby? kita belajar lah. haa itu lah ayat saya kepada suami saya masa saya dah burn out sangat2. tanggungjawab bersama, kalau boleh tegur husband, cakap lah dengan dia. jangan buat isteri jadi bibik.

Baca lagi