8 Balas

hi awak. setiap mommy condition dia tak sama. mcm saya masa tahu pregnant 2nd baby, 1st baby baru setahun 2 bulan. sy terus minta advise dr doctor dan ada tanya beberapa lactation counselor jugak. doctor mmg advise utk sy stop bg susu badan dkt baby 1st. awak boleh baca posting dr fb doctor imelda balchin pakar o&g ni👇👇👇 Ramai ibu hamil tanya soalan di media sosial bolehkah menyusukan anak semasa hamil? Jawapan saya: Sudahkah anda jumpa doktor anda di klinik kehamilan untuk pemeriksaan kehamilan dan penilaian kesihatan anda dan kesihatan janin di dalam kandungan? Jika belum, pi jumpa doktor di klinik dan tanya. Jawapannya bergantung kepada kesihatan anda, apakah penilaian kesihatan anda dan adakah anda ibu hamil yang berisiko tinggi. Doktor di media sosial tak boleh bagi consultancy tanpa berjumpa dengan anda dan menilai kesihatan anda. Penyusuan tidak menyebabkan keguguran tetapi apa yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi ialah ANDA TIDAK MENJARAKKAN KEHAMILAN tidak kiralah anda masih menyusu atau tidak. Walaupun anda tak menyusukan bayi, risiko kehamilan adalah lebih tinggi jika anda tidak menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan jika dibandingkan dengan ibu hamil yang walaupun masih menyusukan anak tetapi sudah menjarakkan kehamilan melebihi 18 bulan. Risiko kehamilan lebih tinggi jika anda terhamil semasa 6 bulan pertama selepas bersalin di mana anda masih lagi menyusukan bayi secara eksklusif dan bayi belum lagi boleh mula makanan pelengkap. Jarak kehamilan yang terlalu dekat boleh menyebabkan janin di dalam kandungan tidak membesar seperti sepatutnya (bukan sebab rahim mengecut tetapi sebab janin yang berhenti membesar), masalah kelahiran pramatang, maka kehamilan ini mesti dipantau dengan lebih rapi. Jangan tanya kenapa ada doktor kata boleh terus menyusukan anak semasa hamil dan ada doktor yang suruh ibu lain berhenti menyusukan anak semasa hamil. Setiap pesakit adalah individu berlainan dan doktor pakar sudah ada latihan untuk mengenalpasti risiko yang berlainan untuk setiap individu. Makcik bawang dan penjual produk suka pukul sama rata sebab mereka tak pernah belajar menilai kesihatan individu dan bukan ahli dalam bidang, sebab itulah jika anda hargai kesihatan anda maka anda jangan tanya pendapat di media sosial. Ada ibu yang tak cukup nutrisi dan ada masalah kekurangan darah sebab baru saja bersalin beberapa bulan sudah hamil semula. Ada ibu yang masih dalam pemulihan pembedahan Caesar dan tak patut hamil terlalu cepat selepas bersalin. Ada ibu hamil yang kekurangan vitamin D dan perlu rawatan. Ada ibu hamil yang muntah-muntah dan ada dehydrasi sebab muntah-muntah maka tak boleh meneruskan penyusuan anak. Ada ibu yang loya tak lalu makan semasa hamil sehingga berat badan turun mendadak dan tidak cukup nutrisi. Ada ibu hamil yang janin di dalam kandungan ada masalah pembesaran. Ada ibu hamil yang menyusukan anak sambil-sambilan saja sebab anak sudah besar dan sudah dapat zat secukupnya dari makanan lain tetapi ada ibu hamil yang masih menyusukan anak secara eksklusif dan belum beri anak mula makan. Ada ibu yang memang ada penyakit lain yang belum sembuh maka penyusuan anak semasa hamil lebih membebankan kesihatan ibu yang memang tidak sihat. Semua faktor perlu dipertimbangkan. Di media sosial saya hanya boleh menyampaikan nasihat kesihatan secara am dan tak boleh beri nasihat secara individu untuk anda. Hargailah kesihatan anda dan jangan minta pendapat tentang masalah kesihatan individu anda di media sosial. Jangan abaikan kesihatan anda. Pi jumpa doktor di klinik. #apaapapunjumpadoktornaaaaa

Saya haritu pregnant waktu bby 1thun1bulan jugak . Saya masih teruskan penyusuan bdan . Sbb ank sy lgsung xnk susu botol . Skrg ank sy dah nk masuk 2y lgi beberapa hari . Dan sy dh prgnant 8bulan skrg. ALHAMDULILLAH . anak saya dah wean off seminggu yg lepas 😊 selama sy prgnant sy teruskan menyusu ank sulung . Alhamdulillah xada apa2 msaalah . Yg sulung sihat bby dlm prt pun sihat . Rezeki dia sbb sy memang berniat nk menyusukan dia smpai umur 2y .

trima ksih puan . saya mnangis baca komen puan sangat saya hargai lega hati saya jika dpatkan susu kan anak smpai 2thun dan baby wean dngan sndiri tnpa pksaan

sy dulu ngandung no 2 masa anak sulung 5 bulan.. smpai 7 bulan je myusu.. sbb susu drop dgn sendirinya.. 2 bulan je sempat myusu masa pregnant.. sy just follow the flow, masa ada susu sy susukan anak mcm biasa sbb xde sakit apa2.. skrg anak no 1 dh 2 tahun 6 bulan, anak no 2 dh 1 tahun 4 bulan.. dah nk dpt adik lagi 🤭

Pnh tnya nurse jgk bnda ni, nurse cakap kalau time mnyusu atau lepas mnyusu tu sakit di bahagian rahim, nurse tak galakkan utk teruskan penyusuan.. setiap ketahanan ibu2 ni lain.. mgkin org lain okay mnyusu smpai dia bersalin, tp ada org lain effectnya lain.. so cuba consult dulu dgn nurse atau doktor..

Ank sy juga fully breastfeeding sampai sekarang w36 masih bg susu cuma pelan2 dia dah kurang mnyusu sendiri & skarang hanya cari bila nk tdo mlm jer Alhamdulilah ank sy skarang dah masuk 3 tahun & fully breastfeeding harap ank k2 ni pun sama 🥰

TapFluencer

Masa saya mengandung anak ke-2,anak sulung berhenti bf masa kandungan masuk 3 bulan.anak no 2 pulak berhenti bf masa kandungan 5bln.ni yg no 3 masih menyusu.kandungan baru masuk 5minggu.😊😊😊

sya ank bff la ni umur 3 thn.sya hamil 18w skrng.sya bgi ank susu tepung.tengah usaha nk putus kan dy susu bdn.mcm2 petua dh guna.mungkin rezeki ank sulong.

VIP Member

Consult doctor sis. Ikutkan boleh je, tp kena amek suplement lebih skit kot

Soalan popular

Artikel Berkaitan