1 Balas

VIP Member

Puan sembelit masa tengah pregnant ke lepas bersalin ye? Saya cadangkan, untuk sembelit puan boleh banyakkan makan makanan tinggi serat macam buah buahan dan sayur sayuran serta banyakkan minum air. Kalau based on personal experience saya, saya suka makan buah betik untuk elakkan sembelit. Lepas makan buah betik, Alhamdulillah saya lancar nak membuang. Kalau sembelit lepas bersalin pulak, saya beritahu doktor kk. Doktor kk ada bagi saya ubat untuk lembutkan najis. Mungkin puan pun boleh minta daripada doktor kk. Selain makan ubat tu, saya pun banyakkan makan sayur sayuran yang bagus untuk ibu lepas bersalin. Semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh daripada sembelit ye puan. Aamiin 🤲🏻 #TAPsupermoms #TAPactiveusers

Soalan popular

Artikel Berkaitan