Resepi bubur sum sum mangga
Resepi dan cara cara pembuatan?? 4sudu besar tepung beras (cap teratai) 200 ml dutch lady milk full cream 200 ml air masak (air cuckoo) Buah mangga puree mangga Satukan bahan bahan ni dalam periuk sebelum masak atas dapur kacau kacau dah sebati , baru letak atas dapur nyalakan api kacau kacau sampai dia menggelegak kena sentiasa kacau baru bubur sum sum ni cantik and nampak smooth je tak berketul . Api medium je . Dah agak agak pekat likat sejukkan dalam bekas . Untuk puree mangga pulak , sebiji mangga manis potong kecik kecik separuh untuk buat puree , separuh lagi potong cube untuk hiasan atas puree tu . Blend mangga campurkan sikit je air bagi dia senang blend , air sikit je tau jgn byk lepastu make sure tapis tau nak buang rambut² mangga tu kan so nanti anak kita makan takde lah tercekik ke apa . Dah tapis tuang atas bubur tu , rata² kan lepastu tabur buah mangga cube tu. Siappp simpan peti sejuk sejam ke 2 jam ke pastu makan confirm sedap❤️❤️❤️