1 Balas

VIP Member

Rasanya statement "sekiranya si ibu halalkan susunya tanpa berkira" ni tak applicable untuk semua orang kot. Sensitive mommy is here 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️. Saya sangat2 sensitive baca statement macam ni. Sebab saya sendiri alami masalah kurang susu badan. Bukan isu berkira atau tak. Kita sebagai ibu tak berkira susu badan dengan anak. Cuma kadang2 ujian setiap orang berbeza. Saya secara jujur, dah buat macam2 untuk tingkatkan penghasilan susu badan. Ambil pil dari farmasi, pergi berurut dengan bidan, ambil milk booster bermacam jenis. Masa anak saya kurang 1 bulan, anak saya kena kuning lama. Prolonged jaundice. Masa tu dia hanya menyusu susu ibunya. Tapi bila dia minum susu ibu dia sahaja, dia hanya berak satu kali setiap 7 hari. Kemudian berak 1 kali selang 14 hari kemudian. Kemudian berak sekali lagi selang 7 hari berikutnya. Dah puas saya ni berulang alik hospital, klinik. Dah jumpa doktor kk, jumpa doktor pediatric di hospital, jumpa doktor klinik swasta, semua cakap normal untuk baby yg fully breastfeed jarang2 berak. Isunya sekarang, masa tu anak saya kuning. Dia kena kerap berak untuk cepat sembuh dari kuning. Puas saya di pressure daripada ibu mertua, nasihat saya campur susu formula. Mula2 saya tak nak, sebab niat nak full breastfeed. Lepas tu saya akur. Sebab apa? Sebab saya seorang ibu. Tak sanggup tengok tangan anak saya sampai lebam kiri kanan kena cucuk jarum hari2 masa ambil darah untuk check kuning. Bukan setakat tangan, tumit kaki pun sama lebam kesan injection. Alhamdulillah, kuning turun lepas start campur susu formula. Bila anak sembuh daripada kuning, saya pula diuji kena gegata. Masa masih dalam tempoh berpantang. Mula2 doktor bagi ubat biasa dan calamine. Sampai hampir 3 minggu tak sembuh2, lepas bermacam klinik pergi, doktor bagi saya injection, ubat sapu dan ubat makan yang kuat. Ubat tu ada kandungan steroid. Lepas saya makan ubat, saya tak dibenarkan susukan baby 3 jam lepas makan ubat. Dan ubat tu perlu makan 3 kali sehari. Saya still usaha, setiap kali sebelum makan ubat, saya pam dulu susu. Tapi bila kurang direct feeding, penghasilan susu drop. Sedih sebenarnya bila orang sesuka hati beri judgement 😭. Orang memang mudah beri judgement bila perkara tu tak kena ke batang hidung sendiri 😪.Allah.. Naudzubillah min dzalik. Semoga dijauhkan daripada terkena ujian yang sama. Hopefully, before apa2 statement di keluarkan, fikir sensitivity dan perasaan ibu lain. Sharing is caring. Sekadar luahan supaya tidak berulang di masa hadapan. 😊 Saya menyuarakan pendapat saya untuk diri saya dan mewakili Ibu2 lain yang mungkin mengalami ujian yang sama seperti saya. 😊 #TAPsupermoms #TAPactiveusers

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan