REVIEW IKHLAS SUPERMAMA AIR PLUS BREASTPUMP (PRO/CONS)

PROS 1. Feature I love the feature as they’re slim, mudah masuk dalam bra and sebab dia nipis, memang takkan nampak kita pakai apa-apa. Bunyi pam tak terlalu bising (56db). Untuk ibu bekerja yang sibuk macam sis, sangat-sangat best sebab boleh berjalan sambil pam, pergi restoran makan dengan kawan2, sambil drive, meeting dsb tanpa ada yang perasan kita pakai. Melainkan kalau awak dalam lift tu, atau tempat2 yang terlalu sunyi boleh dengar juga, tapi bunyi dia macam bunyi cengkerik je. Ada digital remote, so mak-mak boleh control mode, level dan tengok timing tanpa tekan2 dekat bra. Pump ada beberapa mode, auto including massage mode paling sis suka sebab dia menggalakkan let down. Berdasarkan pengalaman, sis dapat let down atleast 2x dalam masa setengah jam pump. Pam akan stop secara auto lepas 25 minit, jadi kalau mak-mak nak pam 30 minit perlu turn on lagi guna remote / manual. Warranty selama setahun, jadi boleh pakai and kalau ada masalah boleh contact customer service. 2. Battery Life Boleh tahan 1 power pumping (1hour) termasuk 3 - 4x normal pump (25-30mins). Kalau battery pump low, akan ada sign merah, low battery sign kuning, full battery sign hijau pada button. Charging duration ambil masa 1-2 jam bergantung pada berapa lama awk guna. Kalau sis guna sampai dah ada sign merah, akan ambil masa 2 jam untuk penuh semula. Atas tujuan keselamatan, power tak akan on bila Tengah mode charging. Jadi mak mak kena ambil kira planning waktu charging supaya tak mengganggu jadual pumping. 3. Compartments Compartments sangat sikit, mudah dibasuh dan dipasang. Macam biasa, compartment macam valve & sealing cap perlu ditukar 4-12 minggu bergantung pada kekerapan penggunaan. Kalau beli 1 pair, dia akan bagi few spares sekali. 4. Customer service Sangat bagus. FYI, Supermama tak ada kilang di Malaysia (as of now), tapi customer service sangat responsive. Sis beli product dekat website, tapi buat pertanyaan di Shopee mereka tetap layan macam biasa. Awal-awal beli, ada masalah pada salah satu motor jadi sis contact Shopee customer service, mereka bantu dari A-Z, dan bila masalah tak resolve lepas beberapa kali cuba pihak Supermama gantikan satu yang baru dan ambil masa kurang dari 3 hari untuk sampai. CONS (and how do I overcome it) 1. Material mostly plastic, shield pun plastic, jadi untuk mak-mak yang dah biasa pakai silicon type, akan ada rasa tak selesa sikit. Tapi untuk sis, ok je pakai lama-lama akan adapt. Dan dia takde lah tak selesa sangat Cuma awal-awal tu rasa keras dan tak lembut macam silicon 2. Susu yang dituang dalam botol tak habis semua. Disebabkan design & bentuk botol dia, susu tak boleh dituang habis. As you all know, susu ibu tu is a liquid gold kan so setitik pun sangat berharga. Tapi lepas beberapa lama pakai, sis jumpa trick nak minimizekan pembaziran susu. Again, practice makes perfect, so bila u dah “kenal” pam susu, you akan jumpa “hack” dia. 3. Steril – pam susu Airplus TAK dibenarkan untuk guna steam sterilizer. Kalau rendam dalam boiling water pun suhu kena jaga. Cara sis sebelum beli UV sterilizer adalah rebus air tapi bila dah to a point air nak menggelegak sis tutup api dan rendam. Kalau takda access kat tempat kerja, sis basuh dengan air biasa dan rendam dalam air panas C****/ C*****. (atau seangkatan) 4. Pemilihan bra perlu tepat – full cover adalah disarankan. Half cup pun ok, tapi jangan push up punya kalau tak dia tak stabil. Tak boleh lean back atau bongkok untuk avoid spillage. Untuk ni, Cuma perlu jaga posture badan sahaja. Kalau pandai jaga posture badan, nak bergerak sambil basuh baju, sambil mandikan anak, sambil kemas rumah pun boleh. 5. Size standard untuk 24mm breast shield, so kalau tak sesuai saiz, kena beli flange untuk fit. 6. Sama macam handsfree pump lain, susu takkan keluar semua. Hand expressed adalah digalakkan lepas guna pump. Kesimpulannya, untuk ibu-ibu bekerja yang sangat sibuk & ada high demand job atau ada anak lebih dari satu, sis sangat recommend Supermama Airplus. Mudah, ringan dan nipis senang nak bawa pergi mana-mana. Supermama di-design untuk mak-mak sibuk jadi feature dia memang sangat menyebelahi kita 😂. For moms that are just like me, nak survey boleh cari di: Shopee: https://shope.ee/1VbKWetY0n Website: https://www.supermamalab.com/products/air-plus-wearable-breast-pump-with-remote

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Teringinnya nak pakai jenis ni. Saya dada besar and papaya shape memang buntu nak pilih yang mana. So far terpaksa pakai jenis corong ja 😖 lepas tu memang tak leh nak buat apa sambil pam 😫😫

10mo ago

Sabar ya sis. InshaAllah mana tau in future ada inventions untuk breast shape macam sis. Zaman anak first saya takde lg mcm ni pun sama tak boleh gerak2 juga susah nak kerja. Dgn kerja competition tinggi susah untuk mak baru nak bersaing ngn org muda bujang. Selalu jugak stress dulu 🥲

pernah beli, asyik leaking.. kite baran 🤣... last² jual n org yg beli tu helok je pakai 🥴

10mo ago

I 3 bulan pakai baru berani review sis 😂 sebab pam kan tak semua orang serasi kan. So kena bagi sejujur jujurnya. Nasib awak ada yg nak beli, skrg menyusu lagi ke? Pakai pam apa?

entahla.. saya beli and pakai, suction dia tak kuat mana and susu pon tak keluar cam pam normal

10mo ago

Saiz tak sesuai kot sis? I pakai so far ok lah tapi standard handsfree pump apa jenama pun mmg tak keluar habis so kena marmet sekejap. I pump selalu 100-120ml lepas tu hand expressed dapat tambah 10-30ml lg. Mungkin tak sesuai la kot dgn u. Kalau ada masalah selalunya i reach out to customer service dia. Sbbnya dh invest banyak kot pada sy 😂 so far diorang bantu cara penggunaan.

TapFluencer

ada tak kat sini yg nak letgo supermama? i nak cukupkan 1 pair 🤭

👍