Petua Mudah Bersalin dari Doctor Imelda

PETUA MUDAH BERSALIN dari Dr Imelda. Mai nak habaq. Dari data perubatan antarabangsa beratus-ribu ibu-ibu bersalin dari banyak negara, kita tahu, bahawa: 1) Untuk ibu hamil yang bersalin buat kali pertama, secara purata, proses labour ialah 12 jam. 2) Untuk ibu hamil yang bersalin buat kali pertama, secara purata, 9.6% tidak akan mengalami apa-apa koyakan. 3) Untuk ibu hamil yang pernah bersalin secara normal, secara purata, proses labour ialah 7 jam. Ini ialah proses bersalin yang lebih laju dan lancar jika dibandingkan dengan bersalin buat kali pertama. 4) Untuk ibu hamil yang pernah bersalin secara normal, secara purata, 31 % tidak akan mengalami apa-apa koyakan. Ini ialah tiga kali ganda dapat bersalin tanpa koyakan jika dibandingkan dengan bersalin buat kali pertama. Chek dah meluat dah tengok petua bersalin mengarut-ngarut dari makcik-makcik bawang yang dok buat macam-macam palatau. Contoh statement makcik bawang A: “Masa saya bersalin anak sulong dulu, sangat lama, saya trauma kena gunting, tetapi untuk kehamilan kedua, saya masuk kursus doula dan berjaya bersalin dengan mudah tanpa koyak.” Contoh statement makcik bawang B: “Kali ini saya minum minyak kelapa dara dan saya bersalin dengan mudah tak koyak pun. Maka minumlah minyak kelapa dara.” Contoh statement makcik bawang C: “Rahsia bersalin dengan senang ialah minumlah Jus ajaib XXX. Memang ada beza bersalin anak kedua bila amalkan Jus ajaib XXX, ia sangat berkesan.” Contoh statement makcik bawang D: “Untuk anak KELIMA saya makan laksa setiap hari selepas 7 bulan mengandung. Kali ini bersalin cepat dan tak koyak. Saya nak bagi petua makan laksa. Tapi janganlah makan laksa sebelum 7 bulan, takut nanti terbersalin awal.” Hangpa semua bercakap macam hangpa tak tau kaaa memanglah bersalin untuk kali kedua, kali ketiga, kali keempat, kali kelima itu selalunya lebih mudah dan kurang koyakan atau tiada koyakan jika dibandingkan dengan bersalin untuk kali pertama. Tak payah pi kursus doula pun, kebanyakan ibu yang bersalin untuk kali kedua akan rasa bersalin kali kedua ini lebih senang. Tak payah telan minyak kelapa dara pun, kebanyakan ibu yang bersalin untuk kali kedua akan rasa bersalin kali kedua ini lebih senang. Tak payah telan Jus XXX pun, kebanyakan ibu yang bersalin untuk kali kedua akan rasa bersalin kali kedua ini lebih cepat. Makan laksa kaa, makan durian kaaa, makan nasi kaa, makan mee goreng kaaa, makan vitamin XYX kaaa, makan pizza kaaa, makan telur mentah kaa, makan Milo campur marjerin kaaa, makan nasi lemak ayam berempah kaaa, makan kurma kaaa, makan daging salai kaaa, minum air cincau kaaa…..hangpa makan laa apa hangpa nak makan, memang pun kebanyakan ibu yang bersalin untuk kali kedua akan rasa bersalin kali kedua ini lebih senang, lebih cepat dan kurang koyakan atau tiada koyakan. Jadi, toksah laa buat palatau naaa. Tolong beri kredit kepada ibu yang bersalin, bukan kepada produk yang anda jual dan bukan kepada makanan. Sebenarnya, petua mudah bersalin ialah, PERNAH BERSALIN SECARA NORMAL. Kalau dulu rasa trauma bersalin, kebanyakan ibu akan rasa bersalin kali kedua tidak trauma macam kali pertama, walaupun tak buat pun apa-apa yang berlainan. Inilah statement dari ibu-ibu yang cerdik dan ada ilmu pengetahuan: “Untuk anak ketiga, saya berjaya bersalin lebih cepat dan lancar tanpa koyak pun, sebab saya dah pernah bersalin dua kali.” Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda dan makcik bawang semua berhenti lah buat palatau. Sekian, terimakasih. Dr Imelda Balchin Pakar Obstetrics & Gynaecology p/s: Mohon netizen berhenti meminta pendapat perubatan boleh bersalin normal kaa Caesar kaa di media social. Sila jumpa doktor anda sendiri untuk semua consultancy perubatan. Kalau tanya di sini juga saya terpaksa delete supaya makcik bawang tak datang jawab. Saya hanya boleh beri nasihat kepada patients yang saya sendiri buat penilaian kesihatan ibu dan anak. Terimakasih.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

ya bersalin ank sulong sy zero pasal bersalin..percaya petua2 bgai y bt nyawa bb terancam..y langsung xde ilmu cara nk kawal pernafasan..cara meneran..mkn itu ini konon nk mudah bersalin.tp alhamdulillah..ank kedua sy Gali ilmu pasal bersalin..kawal pernafasan y penting..amat2 mudah.sbb tu sy x serik utk bersalin..misi ngn doc pun ckp sy bersalin cepat dn amat mudah.sbb sy ikut cara betul..xde koyakkan..bb kuar hnya skali teran n cepat.sampai la ank ke 7..plg cepat stengah jam dlm lb..apa y sy mampu ckp..sy serik n menyesal sbb ikut petua sampai jantung bb sy drop(anak syurga).mommy2 y tggu nk bersalin just set dlm kepala cara nk kawal pernafasan..cara fokus masa meneran dgr arahan doc ngn misi saja.. insyaAllah mmg bb cepat kuar n xde koyakkan..bab mkn bkn2 tu elakkan

Baca lagi
10mo ago

betul puan. saya pon serik. konon nk mudahkan bersalin. sy buat urutan prenium (tak pasti ejaan betul x) guna myk kelapa dara. tu pon jarang buat urutan. masa hari bersalin sy tahan sakit 15j. poor progress bukaan. masa pergi hospital bukaan mmg dh 4cm. sampai last tu mmg doctor dlm labour room decide soh ceaser. sy bersalin normal dlm bilik operate. dgn koyakan 2nd degree tear. baby pula terus dorang bawak g nicu. sbb dh tertelan najis dn nafas laju