Baby 1bulan 2minggu meragam
Normal ka anak saya bila malam ja menangis? Siang ok ja. Dan kenapa ya anak saya selalu kembung? Fully bf.

Normal sis, biasanya baby nangis malam sbb nak tidur dengan ibu dia. Baby ada rasa takut juga bila waktu malam. Dia cari peneman, tempat yang selamat dan boleh tenangkan diri dia melalui skin to skin, bunyi suara ibu, bau badan dan rasa breastfeed (bf) Cuba mummy try dulu tidur dengan baby sebelah². Jangan asing². Kadang tu baby nak perhatian & pandai merajuk, kena dodoi dan pujuk dia baik² sebelum bf. Yang kembung tu kadang sbb makanan yang mommy bf makan. Cuba elakkan (pantang) makanan yang boleh menyebabkan kembung. Try in error dulu. Contoh macam makanan laut, berempah, pedas ataupun kurang masak. Sendawakan baby selepas minum susu. Buat urutan badan/senaman pada baby pun boleh sambil² letak sikit minyak telon. Pakaikan barut dekat perut, stokin tangan dan kaki. If takde lepas baby tertidur tu cuba letakkan selimut/bedung bagi baby hangat sikit dan selalu pegang² dada baby bagi dia kurang terkejut. Gelapkan bilik tidur dan elakkan bunyi bising. Banyakkan main-main dengan baby waktu siang bagi dia kepenatan. contohnya tummy time, berborak²,latih percakapan perkataan ringkas dengan baby, latihan kefokusan mata dengan juntaian barang/tali/mainan/huruf dan lain². Sbb baby masih belajar untuk kenal waktu siang & malam seawal 3 bulan pertama selepas dilahirkan. Semoga urusan mommy dipermudahlan oleh Allah. InsyaAllah😊
Baca lagiTakpe, memang biasa anak yang berumur 1 bulan 2 minggu meragam, terutama pada waktu malam. Ini mungkin disebabkan oleh kembung perut atau ketidakselesaan. Untuk masalah kembung, boleh cuba produk yang boleh membantu. Anda boleh lihat di pautan ini: https://invl.io/cll780v . Semoga anak cepat selesa dan tidur nyenyak!
Baca lagilps nyusu ada sendawakan ank? ibu ada mkn halia, jamu?
sendawa kecuali kalau dia menyusu sampai tertidur. takda makan semua tu sis
Hoping for a child