Susu ebm rosak ke?

Ni ebm yang bulan ni punya. Gambar ni saya ambil lepas baby dah habis minum. Tapi bila dah cair kan di chiller lepastu suam kan dia jadi macam ni. Tapi takde bau masam ke apa. Ni susu rosak ke? Kenapa dia jadi macam ni eh? After pump saya memang terus simpan di chiller lepastu baru frozen kan. #firstmom

Susu ebm rosak ke?
2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya mcm ada tgk kt tiktok nadmasrom ciri2 ebm rosak. Yg bawah mmg ada berkeladak & tak sebati dgn susu. Try awak cari videonya. Kalau tak masam should be okay tp sometimes saya pun sukar nk bezakan bau susu masam cos ebm ni mmg ada bau lain sikit padahal okay je. Dalam freezer sis letak syiling tak?

Baca lagi
8mo ago

Tips letak syiling ni utk tau if rumah blackout & fridge/freezer tak hidup yg menyebabkan ebm dah melted once kita keluar tinggalkan rumah pergi mana2 esp balik kampung. Mcm saya mmg standy letak syiling atas ice, if syiling tu tetiba dah tenggelam bawah ice means letrik takda & ice, ebm dlm freezer actually dah melted then bila letrik dah ada dia freeze balik. Frozen ebm ni if dah melted kena guna within 24hrs tak boleh freeze kan balik. Once freezed dia rosak

Kalau bau dan rasa okay, means susu ni okay. Yang ketul2 tu milk fat.

8mo ago

Yup okay. Tapi kalau awak ragu2, jangan bagi. EBM saya pernah jugak macam ni tapi saya tak buang.