2 Balas

Ikut pengalaman saya pulak, tunggu kat PAC tu lama betul..maybe time tu patient ramai kot. Dia dahulukan yg mana urgent..melayan contraction dalam ruang menunggu tu jela sampai nama kena panggil. Dalam PAC tu ala2 macam wad jugak, ada katil2 tp tak banyak..katil2 untuk check ctg baby, check bukaan, mesin scan. Gitu je.. Tapi pintu dia ada connection terus ke labour room. Time saya tgh scan baby masatu tiber doc kelam kabut berlari sebab ada ibu nak bersalin😅 Rupanya PAC tu sebelah je dgn LR. Ini untuk hosp tuanku jaafar ye, hosp lain tak pasti😬 Yang beg tu tak perlu bawak lagi..sampailah keluar surat mengatakan kena admit wad & suami kena daftar kat bahagian hasil, barulah amik beg2 tu semua.. Kat PAC bawak diri & buku pink sahaja.

1. dia bukan wad tapi ada katil utk Dr cek bukaan, tekanan darah 2. PAC tak tunggu lama pun. ni pengalaman Sy la ye. pergi kaunter, terus naik katil tunggu Dr datang cek 3. bag baby tak payah bawak lagi. bawak diri & buku pink je dulu

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan