Bayi makin kurang minum susu
Hi nak tanya, umur anak saya 1bulanlebih. Sebelum ni dari lahir dia minum susu ok je. Fully susu formula s26, dari 2oz, naik ke 2.5oz dan paling banyak 3oz setiap 2 jam atau 1jamsetengah. Sekarang dah kurang jadi 2.5oz dan kadang2 minum 2oz je terus dia tidur kan taknak susu. Walaupun dah tukar2 susu pun masih sama. Kenapa ye? Hm#firstmom #ingintahu #bantusharing
BILA MAKIN BESAR, anak macam tak nak susu, kurang sangat menyusu..marah-marah pula kalau cuba disusukan…Kenapa❓Risau lah ☹️☹️ Berkenaan isu anak ‘besar’ (4 bulan ke atas) ‘tak nak susu’/ ‘kurang susu’ / ‘ marah-marah’ bila cuba disusukan, ini pandangan saya mewakili bidang tangisan dan tidur anak. Semoga ia bantu lengkapkan teka -teki ibubapa. : : 1️⃣Ramai mak masih tersekat dengan fikiran: susu mesti setiap 2-3 jam walaupun anak dah besar. Sini PUNCA masalah. Mereka akan paksa dan paksa anak untuk susu setiap 2-3 jam. Mak stres bila rasa anak kurang menyusu. Sebahagian mak lagi ekstrem dengan paksa kejut anak yang dah tidur hanya kerana anak itu tak berjaya disusukan sebelum tidur. Hal ini buat sebahagian anak terjaga dan mengamuk teruk bila di ganggu tidur. Manakala ada juga mak makin stres bila tak berjaya kejut/anak kemam mulut tak nak ambil susu bila mak paksa kejut. Mak buang masa dan tenaga. Anak pula buat drama air mata dan drama waktu tidur yang tak diperlukan terjadi. Menurut National Sleep Institute (NSI): 📌menjelang usia 6 bulan, majoriti anak sudah boleh tidur max 5 jam tanpa susu. 📌selepas 10-12 bulan, boleh cecah max 8-9 jam 📌selepas 18-24 bulan, boleh cecah max 10-12 jam Maka, dengan pengetahuan tempoh anak mampu tidur terus ni, maka ibubapa boleh guna panduan yang sama untuk dapat idea kasar bila anak kena ulang susu. Ingat ya, pakar dan panel NSI juga terdiri dari Konsultan Penyusuan dan Pakar Pediatrik. Maka, sangat lucu bila sebahagian ibu, tetap nak sumbat susu pada anak SEBELUM WAKTU LAPAR sedangkan anak itu TAK meminta dan elok saja berjaga gembira dan bermain. Ada banyak juga kes anak yang tengah gembira, duduk main sendiri, mak pula pergi ambil dan cuba susukan. Tak memasal anak itu jadi nangis dan ‘bad mood’ sebab tindakan mak ganggu ‘happy time’ dia. 🔥🔥🔥Faktanya, jarak tidur anak manusia LEBIH PENDEK dari jarak susu. Maksudnya , anak manusia LEBIH CEPAT LETIH MENGANTUK berbanding lapar. :::::::Saya bagi contoh kes benar anak 8 bulan 🟣Jarak susu: 6 jam +/- (rujuk poin NSI tadi). Nota: 8 bulan sudah boleh makan real food /‘snacking’ di antara waktu makan/waktu menyusu. 🔵Jarak masa berjaga anak 8 bulan: Max 3.5 jam Maka, katalah: ➡️7 am: anak bangun tidur dan mak susukan. ➡️ 7.15 am: habis menyusu ➡️10.15 am: anak mengantuk nak tidur sebab dah berjaga 3jam. Anak masih kenyang dan tak perlu susu pun sebab jarak susu nya ialah 5 jam +. Mak paksa juga susu sebab fikiran mak: asal nak tidur je mesti kena susu. Maka mula lah mak susah hati bila anak akhirnya tidur TANPA berjaya di paksa susu. ➡️10.15 -11.15 am : anak tidur ➡️11.15 am: anak bangun tidur. Mak yang susah hati ini SEKALI LAGI cuba susukan anak yang sejak tadi tak menyusu. Anak TETAP enggan susu atau menyusu main-main/sekejap/sikit , sebab masih belum lapar. ➡️ Anak akhirnya menyusu betul pada 1 tengahari Mak stres… Mak sedih kununnya anak tak susu lama, sejak bangun tidur tak susu sampailah nak tenghari baru nak susu. Saya bentangkan data-data ini pada mak ini untuk buka matanya: 🟣Kali terakhir anak menyusu: 7.15 am 🔵Waktu sekarang: 11.15 am = ini baru 4 jam saja ! ⚠️Maka TAK LAH pelik anak masih tak nak menyusu sampai jam 1 tenghari kerana jarak menyusu usia ini yang boleh cecah ~6 jam. ⚠️Maka TAK LAH pelik anak tadinya tidur tanpa susu kerana dia masih kenyang Mak sibuk kira angka waktu TAPI abaikan hakikat anak dia gembira dan ceria sepanjang waktu itu. Mak sibuk nak paksa susu dan tutup mata dengan kelakuan jelas anak tunjuk dia tak lapar dan tak nak susu LAGI. 2️⃣ Mak dan pengasuh susah hati anak tak menyusu ‘LANGSUNG’ masa bersama pengasuh. Atau susu sikit sangat. Ini kita kena TENGOK UMUR bayi. :::::::Contoh kes sebenar guru kerja separuh hari: hantar anak ke pengasuh pada 7.15 am, balik ambil anak jam 2 petang. Anak usia 9 bulan 🟣 Tempoh mak tinggal anak ialah ~ 7 jam saja: 7.15 pagi - 2 petang 🔵Jarak menyusu anak 9 bulan boleh cecah 7-8 jam 🔥🔥Maka, TAK ada masalah pun anak ini tak susu langsung sepanjang di pengasuh. Terutamanya bila mak: - dah susukan masa hantar anak - anak ada makan/snacking di taska - maksusukan anak masa ambil/lepas ambil Sama juga untuk kes mak yang kena tinggal anak ke suami atau nenek bayi untuk urusan luar. 🔥🔥🔥🔥I AM NOT SAYING TAK PAYAH BAGI SUSU 🔥🔥🔥 Maksud saya ialah dalam kes anak susah sangat nak menyusu bila di rumah pengasuh atau enggan botol bila di tinggal mak, mak, pengasuh, suami atau nenek naik stress buat macam-macam supaya anak tu menyusu tapi anak tetap enggan, maka penjelasan teknikal begini akan amat-amat tenangkan hati mak, pengasuh, suami atau nenek bayi yang tolong menjaga bayi. Kenyang bukan hanya dengan susu. Anak boleh kenyang dengan makanan lain yang dia ambil masa di rumah pengasuh/ditinggalkan walau dia enggan susu. ⛔️LEBIN PENTING, ramai mak yang mengadu sedih kununnya anak tak nak susu ini, bila di tanya soal berat dan kesihatan anak, ramai mengaku berat anak elok dan anak sihat serta ceria ⛔️ 3️⃣Malang bila ‘tak nak susu’ ini buat mak dan pengasuh rasa inilah punca anak tak lena. Kunun sebab dia lapar.Padahal tak lena itu banyak punca lain yang tak ada kaitan dengan susu pun. Sebahagian pengasuh malah salahkan mak mengempeng punca anak susah susu kat taska ➡️ kunun hasilnya, anak susah masuk tidur ➡️kununnya punca anak tak lena. Kununnya…..🙃🙃🙃 :::POIN TAMBAHAN ❤️Dengan semua fakta di atas, maka TAK PERLU susah-susah nak mula ajar anak minum guna botol bagi kes mak yang baru dapat tawaran kerja atau baru nak tinggalkan anak masa anak tu dah 6-8 bulan dan ke atas. Anak tak perlu minum banyak dan kerap sehingga mak perlu bergelut paksa anak berlatih botol sampai pandai. Mulai usia 6-8 bulan juga, anak boleh minum dari cawan biasa kerana sudah agak kuat memegang botol (dengan pemantauan pastinya) :: :: :: Saya harap penjelasan ini bantu kurangkan susah hati ibubapa dan penjaga dalam menilai isu susu dan kaitannya dengan ragam kelakuan serta tidur anak✌️ USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI DBL INSTITUTE SYDNEY THB EDU ASSC USA THE WONDER WEEKS ACADEMY SLEEPSMART EDUCATION BIG LITTLE FEELINGS
Baca lagisama la.. risau pla tgk anak kurang minum susu..
normal je. asalkan cukup 20-24oz sehari