puan boleh klik pada gambar ni maaf kalau tak berapa jelas. kalau boleh mula dari sekarang, puan dah kena banyakkan rujuk dengan nurse panduan nak susukan anak dgn keadaan puting terbelah. ikutkan boleh guna alat bantuan mcm nipple shield, baby supple atau picagari khas. tp mcm manapun lebih baik kukuhkan dulu asas penyusuan sbb alat tu cuma bantuan je, tanpa ilmu takkan jadi jugak. paling penting kawal stress. walaupun puting normal kalau ibu stress nanti susu tak banyak, masalah lain pulak timbul. kalau harus bagi susu botol atau susu formula pun boleh jd satu pilihan, ikut je apa yg doktor & nurse sarankan. semoga dipermudahkan urusan ye
apa maksud dia puting trbelah tu?