Nak tanya apa pendapat u guys kalau macam saya ni duduk dengan keluarga mertua ipar ipar semua ada kan mesti la nak Kene jaga aurat asal keluar je nak Kene pakai tudung mesti la lagi selesa dalam bilik kita bebas buat apa kita nak.
Sekarang suami saya tengah tak bekerja (kemalangan) anak pon kecik lagi and asyik nak memerap je sampai nak buat keje pon tak boleh. Biasa la budak nak besar banyak la ragamnya nak di jadikan cerita mak mertua saya ni tiba tiba dia cakap asyik terperap je dalam bilik tak boleh nak tolong ke kemas rumah ni saya pon macam aik kenapa pulak dia cakap macam tu sedangkan saya lepas tidur kan anak memang akan keluar bilik and kemas ruang tamu tu sapu mop pastu angkat toto yang adik ipar saya tidur walaupun tu bukan keje saya tapi kita ni buat je malas nak bersuara tu pun kadang kadang abg/adik ipar makan biar je berlonggok pinggan mangkuk dalam singki saya basuh takde pon cakap penat ke apa bila tak saya ni baru nak masuk bilik dah cakap macam tu. Lain la saya ni dari pagi sampai malam tak keluar bilik boleh la nak cakap macam tu kadang kadang tak faham dengan Orang sekeliling yang macam ni . Bila depan orang tu pandai pulak cakap takpe dia anak kecik susah asyik nak berkepit je entah la kadang ok kadang tak. Kalau suami saya tu sihat memang dah keluar fikirkan dia sakit je
Sekian sesi meluah terima kasih sudi mendengar