Kacip Fatimah

Nak tanya adakah air rendaman akar kacip fatimah sama seperti air selusuh ? Suami ada buat air selusuh menggunakan air zam zam dan bacaan² yang diaajar oleh ustaz. Manakala air rendaman ini disediakan oleh ibu saya. Ibu kata ianya 2 air yg berbeza dan air rendaman ini bole bantu cepatkan bukaan bersalin. Saya ada menghadiri kursus peneman bersalin. Saya rasa takut nak minum air rendaman ni jika fungsinya sama sprti air selusuh. Mohon share pendapat/pengalaman. #firstmum #firstbaby

Kacip Fatimah
1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy pernah minum air ni sikit je tak sampai setengah cawan sebab mertua suruh minum. Sy dah cakap tak boleh minum nanti bukaan takde tapi sakit non stop. Penyudahnya memang betul. 2 malam jugak contraction tapi bukaan takde. Last2 nurse bukakkan jalan. Serik sy, nak jaga hati punya pasal 😅